Header Ads

Header ADS

Kajian: Rakyat Malaysia puas hati cara kerajaan tangani Covid-19


KUALA LUMPUR, 9 Mei — Rakyat Malaysia berada di kedudukan keempat dalam kaji selidik global mengenai persetujuan orang awam terhadap langkah yang diambil oleh kerajaan mereka dalam menangani pandemik COVID-19, mengatasi Singapura dan Indonesia yang masing-masing berada di kedudukan ketujuh.

Ketua Pegawai Eksekutif agensi hartanah IQI Global Group Kashif Ansari berkata tidak menghairankan rakyat Malaysia merasakan negara mereka telah mengambil tindakan yang sewajarnya dalam menangani COVID-19 kerana Malaysia sentiasa memiliki kemudahan perubatan bertaraf dunia dan kerajaan telah mengambil langkah yang tegas namun berempati untuk melindungi rakyatnya.

“Mereka (kerajaan) mendahulukan kesihatan dan kesejahteraan rakyat berbanding keuntungan ekonomi jangka pendek. Hasilnya, Malaysia berjaya mengawal penularan jangkitan itu dan kemungkinan besar akan dapat menarik balik sekatan pergerakan lebih awal daripada kebanyakan negara lain,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya, apabila pembeli hartanah dari China dan negara-negara Asia Lain membuat penilaian mereka melihat Amerika Syarikat dan United Kingdom masih berdepan kesukaran untuk menangani krisis COVID-19.

Kashif berkata dalam kaji selidik itu Malaysia berada di kedudukan keempat dengan skor indeks 58 di belakang Emiriah Arab Bersatu dan India yang berada di tempat ketiga dengan skor 59. Vietnam berada di tempat kedua dengan skor 77 dan China (85) menerajui senarai dengan kebanyakan rakyatnya memberikan skor yang tinggi dalam semua empat petunjuk utama: kepimpinan politik nasional, kepimpinan korporat, komuniti dan media.

New Zealand (56) merupakan satu-satunya negara Barat dengan skor indeks yang tinggi berbanding purata global pada 45 – menunjukkan rakyat di negara-negara Barat secara umumnya kurang berpuas hati dengan prestasi negara mereka menangani pandemik tersebut.

Beliau berkata kaji selidik itu dijalankan secara bersama dengan agensi penyelidikan sosial utama Singapura Blackbox Research dan pakar panel dalam talian antarabangsa Toluna antara 3-19 April, 2020, merangkumi lebih daripada 12,000 responden berusia antara 18 hingga 80 di 23 negara.

Selain itu, katanya, di rantau Asia Tenggara, dengan ekonomi yang pelbagai, peluang pendidikan baik, prasarana perubatan yang cemerlang dan tindak balas sangat memberangsangkan terhadap pandemik akan menjadikan Malaysia lebih popular dalam kalangan pembeli asing pada separuh kedua 2020 berbanding 2019.

“Pembeli hartanah dari tanah besar China dan Hong Kong merupakan kumpulan pembeli asing terbesar di Malaysia, Kami juga menjangkakan peningkatan pembeli dari Singapura, Indonesia dan Jepun tahun ini,” katanya. — Bernama

MR :  Ini buat puak macai PH tension


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Komunitas Game Online yang terpercaya & Pelayanan yang memuaskan..
    Ayo kunjungin kami ya IONQQ".COM
    Bisa dp via pulsa juga (min 25rb)

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.