Header Ads

ads header

Flash News

Kedah nafi buka kembali konsesi balak, Berita Harian padam laporan


Alor Setar, 27 Mei: Pejabat Menteri Besar Kedah mengeluarkan penjelasan berhubung laporan berita ‘𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐝𝐢𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐢𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐤𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐢 𝐤𝐨𝐧𝐬𝐞𝐬𝐢 𝐛𝐚𝐥𝐚𝐤’ yang telah mencetuskan kekeliruan dan polemik dalam kalangan netizen.

Setiausaha akhbar kepada MB Kedah, Muhamad Mat Yakim berkata kenyataan Menteri Besar Kedah, Haji Muhammad Sanusi Md. Nor dalam sidang media di Wisma Darulaman, Alor Setar semalam bukanlah satu cadangan untuk kerajaan negeri membuka kawasan baharu pembalakan.

f31e8a470804a361de46243b01487cc9
Menteri Besar Kedah, Haji Muhammad Sanusi Md. Nor

Sebaliknya tambah beliau, ia hanya cadangan untuk menyelesaikan masalah yang berbangkit setelah kelulusan konsesi pembalakan yang diberikan kemudian dibatalkan oleh kerajaan negeri sebelum ini sedangkan syarikat-syarikat berkenaan telah membayar premium.

“Berikutan itu, implikasi yang terpaksa dihadapi oleh kerajaan negeri sama ada berhadapan dengan tindakan mahkamah, membayar ganti rugi ataupun menimbang langkah menggantikan kawasan lain kepada syarikat-syarikat konsesi berkenaan.

Dalam hal ini, kerajaan negeri bertegas bahawa kawasan lain yang diganti itu mestilah dalam kawasan hutan pengeluaran yang dibenarkan oleh Jabatan Perhutanan berasaskan undang-undang dan peraturan yang sedang berkuatkuasa.”

Beliau turut berkata keutamaan kerajaan negeri ialah kehidupan rakyat akan dipastikan tidak terganggu, tiada pencemaran, tidak ada penggondolan, hakisan, banjir lumpur dan lain-lain akibat yang boleh membawa kemusnahan kepada alam sekitar dan kehidupan manusia sama ada dalam jangka pendek atau jangka panjang.

“Langkah-langkah ini akan diberi perhalusi dan diberikan pertimbangan sewajarnya kerana jika kita bersedia untuk membayar tuntutan ganti rugi yang dianggarkan mencecah nilai RM1bilion, hal kawasan ganti itu tidak timbul.”

Semalam, portal Berita Harian melaporkan  Kedah sedia pertimbang  buka kembali konsesi balak bagi mengelak membayar tuntutan hampir RM1 bilion yang dikemukakan syarikat pembalakan sebelum ini.

Tambah laporan itu, Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata syarikat terbabit sebelum ini dibatalkan konsesi mereka berikutan keputusan kerajaan negeri mewartakan Ulu Muda sebagai hutan simpan dan kawasan tadahan air.

100725238_3226951080669809_5403200937202286592_n

Buletin TTKM mendapati pautan kepada laporan Berita Harian itu kini tidak dapat diakses dipercayai sudah dipadamkan. – Buletin TTKM-

padam ke bang

Kenyataan penuh:

KENYATAAN MEDIA PEJABAT MENTERI
BESAR KEDAH

Penjelasan Pejabat Menteri Besar Kedah berhubung berita ‘Kedah sedia pertimbang buka kembali konsesi balak’ yang telah mencetuskan kekeliruan dan polemik dalam kalangan netizen.

Adalah diperjelaskan bahawa kenyataan Menteri Besar Kedah, Haji Muhammad Sanusi Md. Nor dalam sidang media di Wisma Darulaman, Alor Setar siang tadi

1. Bukanlah satu cadangan untuk kerajaan negeri membuka kawasan baharu pembalakan.

2. Ia hanya cadangan untuk menyelesaikan masalah yang berbangkit setelah kelulusan konsesi pembalakan yang diberikan kemudian dibatalkan oleh kerajaan negeri sebelum ini sedangkan syarikat-syarikat berkenaan telah membayar premium.

3. Berikutan itu, implikasi yang terpaksa dihadapi oleh kerajaan negeri sama ada berhadapan dengan tindakan mahkamah, membayar ganti rugi ataupun menimbang langkah menggantikan kawasan lain kepada syarikat-syarikat konsesi berkenaan.

4. Dalam hal ini, kerajaan negeri bertegas bahawa kawasan lain yang diganti itu mestilah dalam kawasan hutan pengeluaran yang dibenarkan oleh Jabatan Perhutanan berasaskan undang-undang dan peraturan yang sedang berkuatkuasa.

5. Keutamaan kerajaan negeri ialah kehidupan rakyat akan dipastikan tidak terganggu, tiada pencemaran, tidak ada penggondolan, hakisan, banjir lumpur dan lain-lain akibat yang boleh membawa kemusnahan kepada alam sekitar dan kehidupan manusia sama ada dalam jangka pendek atau jangka panjang.

6. Langkah-langkah ini akan diberi perhalusi dan diberikan pertimbangan sewajarnya kerana jika kita bersedia untuk membayar tuntutan ganti rugi yang dianggarkan mencecah nilai RM1bilion, hal kawasan ganti itu tidak timbul.

Dikeluarkan oleh

MUHAMAD MAT YAKIM
Setiausaha Akhbar kepada
Menteri Besar Kedah

8.25 pm
26 Mei 2020


#sumber


MR :  Kerana BH ini ada yang buat amalan banyak bulan Ramadan tapi hangus kerana sebar fitnah dan burukan PAS dalam media sosial.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan