Header Ads

ads header

Flash News

Kes baharu Covid-19 meningkat 172 Hari ini


Malaysia mencatatkan 172  lagi kes Covid-19 baru, menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan yang dicatatkan adalah sebanyak 7,417.

Setakat tengah hari tadi, 34 lagi pesakit sembuh sepenuhnya, menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih dari jangkitan wabak itu ialah 5,979.

Ini menjadikan jumlah kes aktif Covid-19 sekarang adalah 1,323 kes.

Pada sidang media hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 172 kes baru itu, lima kes adalah import, manakala jangkitan tempatan 159 kes bukan warga Malaysia dan hanya lapan libatkan rakyat Malaysia

"Sehingga kini, terdapat lapan kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

"Daripada jumlah tersebut, empat kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya di Putrajaya.

MR :  Kalau meningkat lagi dalam seminggu habis usaha berkurung 2 bulan lalu


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan