Header Ads

Header ADS

Mahathir jangka PPBM kalah teruk PRU-15 jika tiada gabungan


PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad mengingatkan bahawa usaha Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin membawa parti itu ke dalam gabungan bersama Umno dan PAS dalam Perikatan Nasional (PN) tidak akan berlaku.

Beliau berkata, ini susulan kenyataan pemimpin Umno sendiri yang menyebut bahawa parti itu tidak menyertai gabungan bersama PPBM menerusi PN dan gabungan itu tidak berdaftar.

“Kita diberitahu oleh Umno bahawa tidak pernah mereka janji untuk ada satu gabungan bersama PPBM. Mereka hanya sokong Muhyiddin sebagai perdana menteri untuk menjatuhkan kerajaan PH. Itulah sahaja sokongan yang diberi. Sokongan ini secara individu.

“Umno sendiri ada pendirian lain iaitu, mereka tidak ada dalam PN dan PN tidak wujud sama sekali, tidak didaftar. Jadi saya hairan apa dia kerajaan Muhyiddin ini? Kalau nak kata kerajaan PN, PN tidak ada,” katanya dalam ucapan sempena sambutan ulang tahun kedua kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya umum ke-14 hari ini..

Beliau juga menjangka PPBM akan kalah teruk dalam pilihan raya umum akan datang jika ia tidak berada dalam satu gabungan bersama parti lain dalam kerajaan sekarang, termasuk ditolak oleh PH.

Katanya, apabila Umno sendiri mengatakan mereka tidak bergabung dalam PN maka ia bermakna parti itu boleh bertanding di mana-mana sahaja kawasan yang ditandingi oleh PPBM.

“Bagi ahli PPBM saya nak peringatkan apabila mereka berpecah menjadi 2 kumpulan, satu menyokong Muhyiddin untuk tubuh kerajaan, mereka harus sedar janji Muhyiddin mengadakan gabungan dengan Umno dan PAS tidak ada. Tak wujud.

“…jadi apa kedudukan PPBM, di satu pihak mereka tidak dapat sokongan daripada Umno, di pihak lain mereka tak dapat sokongan dengan PH. Jadi tinggal PPBM terkontang-kanting, besar kemungkinan PPBM akan kalah teruk,” katanya.

Katanya, kekalahan teruk PPBM, sekali gus menghilangkan harapan orang Melayu untuk menggantikan Umno dengan parti Melayu lain.

“Harapan orang Melayu untuk menggantikan Umno dengan parti Melayu yang lain akan hilang. Kita harus ingat kita tubuh PPBM bukan sebagai parti campuran seperti parti lain, kita tubuh PPBM untuk Melayu dan Bumiputera kerana Umno tidak lagi mengutamakan Melayu dan Bumiputera,” katanya.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


17 ulasan:

  1. Tau x pe...nak bepolitik spai hujung nyawa ke

    BalasPadam
  2. Tun & anuar jangan dok meroyan nk jadi PM9,awak 2orang ni dah takde maruah diri,PM8 dilantik YD Agong,, tak perlu dipertikailagi,, ini kerajaan yg sah

    BalasPadam
  3. Jika PPBM kalah bkn salah ahli2 nya tetapi kepimpinan yg longgar dan tiada usaha memperkuatkan parti tetapi pemimpin Bersatu menunjukkan tauladan yg terburuk dan tidak lg menyakinkan .

    BalasPadam
  4. Dok kira nk brpolitik ja..ni yg negara di landa penyakit tk nk ambil serius

    BalasPadam
  5. Tun tak bolih gunakan orang melayu sokong parti melayu lain dari umno.berapa kerat sangatlah orang melayu sokong bersatu.Tun jangan perasan sangat saya tetap umno

    BalasPadam
  6. Kamulah sebahagian dari yang bernama pemimpin punca pemecah umat Melayu di bumi Malaysia ini. Titik.

    BalasPadam
  7. tun berkecimpung dlm politik selagi anak dia mukriz blom selamat dlm politik malaysia....dan menjaga keselamatan harta2 anak dia yg lain ratusan / billion j ......tunggu PAS menerajui malaysia utk menyelongkar dgn kekayaan mengejut anak2 tun semasa tun PM 4

    BalasPadam
  8. Tun laa perosakk politik melayu di malaysia.....sebab tun tertubuhnya Semangat 46, PKR dan terbaru Bersatu.....semua tu lahir dari UMNO punn....
    PRU15 nnti kitaa pukul habisan Tun dan takyah lagi nak jagaa dan melindungi insan bernama Mahathir ...

    BalasPadam
  9. Bukan TSMY dan yang lain tu Ahli Parlimen. Jadi mereka semua menang undi pada PRU 14 tempohari. Cuma pakai bendera. Itu pun termasuk DM guna bendera PKR tak guna pun lambang Bunga Raya. DSAI pulak mana ada bertanding masa PRU14. Dia jadi Ahli Parlimen sebab Ahli Parlimen yang ada letak jawatan. Itu lagi penipu. Kalau macam tu TSMY letak jawatan dulu di Pagoh lepas tu bertanding balik lawan orang PKR di Parlimen Pagoh. Orang PPBM,UMNO,PAS MCA dan MIC di Pagoh agaknya semua sokong TSMY - DSAI dan DM nak jadi calon lawan pun boleh. Bukankah semua yang jadi menteri itu telah dipilih rakyat dalam PRU 14 dulu. Cuma dalam bendera berbeza. Tapi PRK banyak bendera PKR kalah - macamana tu bukankah masa PRK bukankah PH memerintah. Bukan itu maksudnya Rakyat sudah mulai bosan dengan PH. Lagipun waktu PRU 14 Orang Melayu berpecah terutama PAS dan UMNO kalau tak jangan mimpi PH dapat memerintah - Pulak tu buat manefasto tipu. Lagipun orang tak kenal lagi hati perut orang PH itu. Rakyat telah terantuk dulu, masakan nak terhagul untuk kali kedua.

    BalasPadam
  10. Madey dan nuar tu 2 penipu besar!
    Yg kita dok pecaya Kat depa tu pasai Apa?..terlalu Kaya..tapi org Kaya biasanya org yg menyega..bukan ahli politik

    So where did they get all the fortunes?...songlap la..
    Najib lain..dia mmg anak orang Kaya..orang besar jajahan!!

    BalasPadam
  11. Harus di ingat kebanyakan ahli bersatu adalah ahli umno yang bukan benci kepada umno tapi hanya satu kluster yang tidak setuju dengan kepimpinan tokjib dalam beberapa isu tertentu. Ia berbeza dengan parti kuali yang ditolak oleh ahli jamaah Pas lalu mereka bersekongkol dengan dogpig untuk memusnahkan kedudukan ekonomi melayu dan umat Islam.Madey sudah berapa kali cerai dan rujuk dengan umno maka dia sudah tidak relevan dalam politik malaysia. Pn bukanlah satu gabungan dalam satu parti tetapi lebih kepada satu kerajaan campuran sepertimana pakatan rakyat satu masa dahulu

    BalasPadam
  12. Rakyat dh x prcaya ngan ph..masa jadi kjaan langsung xde apa pncapaian nk dibanggakan.huru hara ngra dek kebodohan pemimpin ph..terang2 ph gagal jd kjaan..rakyat trutama org mlyu dh x caya dh ngan ph..pru15 nnti bungkus trus je ph ni..dasar penipu dan kencing merata

    BalasPadam
  13. Tun M lah dalang perpecahan orang Melayu. Dari zaman Hussein Onn sampailah ke TSMY, kerja dia hanyalah utk menyerang pemimpin Melayu, tak kiralah dalam kerajaan mahupun dalam Istana. Tun M lah yg menyebabkan huru-hara dan kucar-kacir dari tragedi Memali sampailah ke tragedi terbunuhnya Adib.
    Tun M perlu dihapuskan.

    BalasPadam
  14. Punca utama sebab Tun M letak jawatan sebagai PM PH. Sekarang sangat sukar laluannya. Kalau tak tunaikan janji dan banyak berdalih bagi orang lain PM maka tuhan bagi balasan orang yang tak kotakan janji. Mungkin ada hikmah. Kebaikannya rakyat dah serik dengan DAP. Bukan bacul tapi insaf.

    BalasPadam
  15. Rumah kata pergi kubur kata mari. Tun m dah nyanyuk gila kalau zaman dulu orang nyanyuk ni tahi sendiri pun dia boleh makan. Jangan percaya kepada mamak belukang ni perosak negara cuma nak jaga tembolok keluarga dan anak - anak nya... Sila berambus balik karala..

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.