Header Ads

ads header

Flash News

Mahu buka 10 cawangan pasar raya, Ebit tekad terus bantu orang ramai


KUALA LUMPUR, 22 Mei —
Usahawan dan pendakwah Ebit Lew bercita-cita untuk terus melebarkan sayap perniagaan dengan terbaharu membuka 10 cawangan pasar raya menjual barangan runcit.

Jelasnya, kejayaan dalam bidang perniagaan akan memudahkannya melakukan kerja kebajikan bagi membantu individu dalam kesusahan.

“Pohon doakan teringin hendak buka 10 cawangan Elews Mart jual barang runcit.

“Doakan ya semoga menjadi asbab kebaikan,” katanya di Instagram, semalam.

Ebit yang memiliki beberapa entiti perniagaan cukup dikenali dalam aktiviti kebajikan.

Beliau banyak terlibat dalam membantu golongan memerlukan seluruh negara termasuk semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Setakat ini, antara perniagaan diceburi Ebit termasuk memiliki beberapa restoran, butik dan cabang perniagaan lain.


MR :  ............


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan