Header Ads

Header ADS

Memahat Sejarah: Hari Yang Mendung Buat Demokrasi Malaysia


Hari ini, 18 Mei 2020, telah berlangsungnya Majlis Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen Ke-14 selama satu hari.

Di hari yang penting ini, saya ingin memahat satu lagi babak sejarah agar tak lupa oleh anak cucu kita tatkala mereka menyelak semula sejarah kesuaman demokrasi negara kita.

Jumaat lalu, setelah Yang di-Pertua Dewan Rakyat mengeluarkan Kenyataan Media bertarikh 13 Mei 2020 yang mengumumkan PINDAAN Urusan Majlis Mesyuarat, saya telah menghantar sepucuk surat rayuan agar Usul daripada YB Langkawi yang diterima sebelum ini kekal diterima untuk dibawa ke dalam Majlis Mesyuarat pada hari ini.

Di dalam surat itu juga saya menyatakan pandangan bahawa terdapat kekhilafan yang jelas dan nyata apabila Tan Sri Yang di-Pertua Dewan Rakyat merujuk kepada Peraturan-peratuan Mesyuarat yang langsung tidak berkaitan dalam Kenyataan Media beliau pada 13 Mei 2020.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat memaklumkan bahawa pindaan Urusan Majlis Mesyuarat dibuat kerana menuruti makluman Perdana Menteri sebagai Ketua Majlis berdasarkan Peraturan 11(2) dan Peraturan 15(2).

Saya merujuk kepada Peraturan-peraturan ini dan saya dapati, ianya tidak menyebut tentang hak meminda atau menetapkan Aturan Urusan Mesyuarat oleh Ketua Majlis iaitu Perdana Menteri.

Peraturan 11(2) menyebutkan begini:

“(2) Dengan tertakluk kepada syarat-syarat perenggan (1), Ketua atau Timbalan Ketua Majlis hendaklah menetapkan, sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap Penggal, tarikh-tarikh Majlis akan bermesyuarat dalam Penggal itu:

Tetapi disyaratkan iaitu Ketua atau Timbalan Ketua Majlis boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan dari semasa ke semasa.”

Tidak disebutkan langsung perihal mengubah Aturan Urusan Mesyuarat, yang disebutkan hanyalah “boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan dari semasa ke semasa.”

Peraturan 15(2) pula menyebutkan:

“(2) Urusan Kerajaan hendaklah diaturkan mengikut sebagaimana yang baik pada timbangan Kerajaan dan diberitahu kepada Setiausaha.”

Jelas dituliskan yang boleh diatur mengikut timbangan Kerajaan hanyalah “Urusan Kerajaan”.

Usul yang dibawa oleh YB Ahli Parlimen Langkawi tidak termasuk di dalam “Urusan Kerajaan”. Ianya adalah usul persendirian.

Peraturan 14. (1) jelas menetapkan bahawa “urusan-urusan bagi tiap-tiap persidangan mesyuarat hendaklah mengikut aturan seperti di bawah ini kecuali jika Majlis Mesyuarat menetapkan aturan lain…”

Ini bermakna hanya Majlis Mesyuarat sahaja yang berkuasa untuk menetapkan aturan selain daripada apa yang jelas termaktub dalam Peraturan 14 (1).

Andainya, pihak Kerajaan sangat-sangat ingin Aturan Urusan Mesyuarat dipinda kedudukannya, Peraturan 14 (2) yang membenarkan satu usul daripada Menteri untuk berbuat demikian.

Namun, usul ini pun tidaklah sampai boleh menafikan agenda-agenda lain dilangsungkan selama mana waktu mesyuarat mengizinkan.

Saya juga menyatakan, sekiranya YDP menarik semula tindakan menghadkan Urusan Mesyuarat, ia akan dikenang dalam sejarah demokrasi negara sebagai tindakan yang telus dan menjunjung demokrasi berparlimen kita.

Sabtu lalu, saya telah menerima sepucuk surat balas daripada YDP Dewan Rakyat. Permohonan rayuan saya ditolak namun surat ini tidak menjawab perkara-perkara yang dibangkitkan tentang Peraturan-peraturan Mesyuarat.

Saya sedar, ini hanyalah usaha kecil saya sebagai Ahli Dewan Rakyat, namun saya puas kerana sekurang-kurangnya, saya telah melakukan sesuatu yang termampu, mengikut lunas undang-undang sedia ada.

Hari ini, persidangan telah pun berlangsung seperti yang telah ditetapkan. Namun, sejarah akan memahatkan 18 Mei sebagai tarikh mendung demokrasi negara kita.

Kepada mereka yang ingin merujuk Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, boleh klik di sini:

https://www.parlimen.gov.my/…/peraturan_mesyuar…/PMDR-bm.pdf

Saya kepilkan di sini salinan surat saya kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat untuk manfaat semua.

YB Dr Maszlee Malik
Ahli Parlimen Simpang Renggam


MR :  Suara Maszlee atau suara IKRAM?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Apa lah yang kecoh sangat pasal sidang dewan rakyat ni. Mesyuarat ni bukannya tamat tapi ditangguhkan ke Julai. Masa tu diharap CMCO pematuhan dah tinggi dan menteri menteri dah tak sibuk sangat dah dan rakyat dah biasa dengan the new norm. Bila ianya ditangguhkan bukan sangat pasal kepatuhan social distancing tak boleh dipatuhi tapi kerana banyak keputusan kena buat. Ianya satu keadaan baru dengan menyantuni beribu macam keadaan yang dihadapi oleh rakyat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpelah..dulu ingat mazlee ni nak bela rakyat terutama pendidik. Sekarang dah tau lah kedudukan dia di mana aka pencacai madey.

      Padam
  2. Ketidak cerdikan mamat ni terserlah ketika beliau buat u trun dri sokong muhyidin kpd mahathir.. Alasannya xsanggup bekerja sama dgn umno yg disifatkan parti pencuri perompak.. Sdgkan dia sanggup bekerjasama dgn parti kafir harbi yg sgt memusuhi Islam .. Begitu rupanya wahabi ni..

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.