Header Ads

ads header

Flash News

Penjara lancar iMesej bolehkan banduan terima ucapan, gambar Hari Raya


PETALING JAYA:
Jabatan Penjara melancarkan program yang membolehkan ahli keluarga banduan menghantar teks pesanan dan ucapan Hari Raya bagi menggantikan lawatan ke penjara berikutan sekatan pergerakan yang dilanjutkan di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP).

Rohaida Mohamad, jurucakap jabatan itu, memberitahu bahawa perkhidmatan iMesej dilancarkan semalam dan akan diteruskan sehingga 24 Jun di penjara terpilih di seluruh negara.

Beliau berkata maklumat mengenai program itu disediakan di laman web jabatan berkenaan, selain menambah ahli keluarga boleh menghubungi pihak berkuasa penjara untuk maklumat lanjut.

Lawatan ke penjara tidak dibenarkan sejak Covid-19 tercetus, dengan kerajaan melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) pada pertengahan Mac untuk mengekang penularan jangkitan.

Rohaida berkata lawatan ahli keluarga ketika sambutan Hari Raya termasuk Hari Gawai dan Kaamatan di Sarawak dan Sabah tidak dibenarkan kecuali untuk kes khas.

“Bagaimanapun, mereka dibenarkan untuk menghantar duit kepada orang tersayang menurut kaedah yang diputuskan oleh Jabatan Penjara,” tambahnya.

Peguam jenayah Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, jumlah wang yang dikirimkan, biasanya antara RM50 hingga RM100, akan ditukar menjadi kupon untuk dibelanjakan oleh banduan untuk membeli makanan dan keperluan lain di kantin dan kios makanan.

Beliau berkata perkhidmatan iMesej adalah inisiatif baru jabatan berkenaan selepas krisis koronavirus tercetus.

Pada masa lepas katanya, ahli keluarga dibenarkan mengunjungi banduan selama 45 minit hingga 1 jam ketika perayaan seperti Hari Raya.

MR :  Tahniah


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan