Header Ads

Header ADS

Perbualan bocor tunjuk Maszlee tak tolak jawatan penasihat Mara


PETALING JAYA: Bekas menteri pendidikan Maszlee Malik tidak membantah tawaran kerajaan Perikatan Nasional yang mahu menjadikan beliau pengerusi panel penasihat baru Mara Corp, cabang perniagaan Majlis Amanah Rakyat, menurut perbualan WhatsApp yang didedahkan.

Tangkap layar dan transkrip perbualan WhatsApp antara ahli Parlimen Simpang Renggam itu dengan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Abdul Latiff Ahmad dikongsi di Facebook oleh pengulas politik Melayu, Kamarul Zaman Yusoff.

Beliau menggambarkan tindakan Maszlee menolak tawaran itu seperti pusingan U.

Dalam kumpulan perbualan pada 27 Apr bersama ahli jawatankuasa penasihat Mara Corp yang baru ditubuhkan itu, Latiff memperkenalkan Maszlee sebagai pengerusi.

“Assalamulaikum dan terima kasih. Saya berbesar hati dapat bersama pasukan,” tulis Maszlee dalam transkrip yang dikongsi Kamarul.

Latiff: Selamat datang Pengerusi.
Latiff: Saya ingin anda semua berkenalan.
Maszlee: Saya sedang baca
Maszlee: Dan cuba memahami semua dokumen yang diberikan

Pada ketika itu, seorang ahli kumpulan meminta lebih banyak butiran mengenai bilangan syarikat dan perusahaan dibantu Mara yang terkesan dengan krisis Covid-19.

Maszlee: Setuju. Sebahagian besar kebimbangan adalah sah selepas saya teliti MCT lagi. Artikel Shah juga harus dipandang serius. Idea menanam instrumen Islamik bagi mempertingkatkan pelaburan dan pertumbuhan korporat satu lagi yang menarik, walaupun idea wakaf itu mungkin mengundang beberapa perbincangan. YBM, ada rancangan untuk mempunyai jabatan penasihat pelaburan Islamik Mara Corp kita sendiri seakan-akan yang bank ada?

Maszlee belum respon ketika dihubungi FMT. Bagaimanapun, Latiff mengesahkan perbualan WhatsApp dengan Maszlee memang berlaku.

Pada 8 Mei, Latiff mengumumkan pelantikan Maszlee, mengatakan ia bertujuan untuk menguatkan struktur pengurusan perbadanan itu dan mengawasi program rasionalisasinya.

Tetapi Maszlee, yang bersepakat dengan Dr Mahathir Mohamad susulan perpecahan dalam PPBM, menolak jawatan itu keesokan hari, mengatakan keputusannya selaras dengan mandat yang diberikan pengundinya.

Dalam perbualan berbeza dengan Latiff, Maszlee menjelaskan sebab menolak jawatan itu.

“Maafkan saya Datuk Seri. Saya terpaksa menolak tawaran bila melihat mereka yang korup kembali. Ini bertentangan dengan apa yang dijanjikan kepada kita bahawa mereka yang korup tidak akan kembali.

“Saya tidak mampu melihat nama saya sebaris dengan orang-orang yang saya penat membersihkan korupsi mereka sewaktu Kementerian Pendidikan dulu,” katanya dalam mesej yang dilihat FMT.

Latiff menjawab penjelasan itu, mempersoalkan adakah Maszlee rasa dirinya “bersih”, dan menambah beliau sepatutnya lapor sekiranya terdapat bukti rasuah dalam kementerian.

“Hello ‘bro’, saya ada semua rakaman telefon antara kamu dan seseorang yang ‘penting’ dalam PPBM, kau memang sokong TM. Ini semua alasan,” Latiff beritahu Maszlee.

Beliau seterusnya beritahu Maszlee bahawa Muhyiddin tidak menawarkan jawatan kepada mereka yang berdepan pendakwaan rasuah, dan perdana menteri juga lebih pemaaf.

Beliau mengingatkan Maszlee bahawa Mahathir pernah memecat beliau.

Maszlee meletakkan jawatan menteri pendidikan pada Januari, mengatakan Mahathir minta beliau mengosongkan jawatan itu.

Dalam perbualan mereka, Latiff kesal Maszlee tidak memaklumkan keputusan menolak tawaran itu kepadanya.

“Saya fikir saya hilang seorang kawan.”






Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Sebenanya itulah perangai ikram tidak jujur dalam berkawan. Mereka hanya mementingkan kelompok dia saja. Saya sampai sekarang tidak percaya Ikram. Mereka sanggup tikam belakang.

    BalasPadam
  2. Hai broooo.
    Manusia itu adakala nya datang keinsyafan cepat.
    Adakala nya lambat.

    Yg susah tak insyaf sampai kemati.

    Jadi fikir-fikirkan lah.

    Khianat itu sifat orang yg fasiq.
    Nerakalah tempatnya.

    قُلِ الْحَقَّ وَإِنْ كَانَ مُرًّا

    “Katakan kebenaran, sekalipun itu pahit”.


    *Seharusnya sesiapapun yang dijulang selaku pemimpin perlu insaf perihal peringatan Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila Allah menghimpunkan manusia yang terdahulu dan yang kemudian pada hari kiamat, tiap-tiap orang yang khianat akan diangkat satu panji-panji yang boleh dikenali ramai. Dikatakan kepadanya, Inilah pengkhianatan pulan bin pulan...”* (Hadis riwayat Imam Muslim)

    Jika rakyat tidak mampu menghalang pemimpin yang melakukan khianat, maka lakukan lah dengan membenci mereka@bukan menyokong, kerana kerja yg mereka lakukan itu adalah bersifat Fasiq.
    (Tuan Guru Nik Abdul Aziz)

    Haram gajinya bila YB yg dipilih rakyat melompat keparti lain.
    (YB Uztad Nasruddin Tantawi@ulama pas)

    #janganjemuuntukberiperingatan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Arif Muluk ni... Hujah berjela-jela Tapi sayangnya bila berhadapan dgn cina DAP kafir, kecut telur. Dengan orang Melayu kemain lagi. Dengan Lim Guan Eng hek eleh, pijak semut pun tak mati. Pergi mampuslah barua kafir.

      Padam
  3. Macam takde orang lain. Bodoh betul. Carilah orang lain banyak bertimbun yg lebih layak daripada si barua DAP ni.

    BalasPadam
  4. Pusingan U umpama manifesto mereka.
    Rakyat kan cerdik memahami apa yang tersirat.
    Rakyat tau mana fakta mana auta.
    Bayangkan
    Sampaikan sendiri bakar rumah sendiri pun masih orang lain yang disalahkan, tak kelakar ke.
    Sedap aje kata orang lain rasuah, salah guna,seleweng.
    Sebaiknya mereka sang hipokrit ni disiasat dengan tegas supaya jelas Dan adil. Dah tak boleh kesian kesian lagi.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.