Header Ads

ads header

Flash News

Perdana Menteri Rusia positif Covid-19


Moscow: Perdana Menteri Rusia, Mikhail Mishustin mengumumkan bahawa beliau dijangkiti wabak Covid-19 ketika jumlah kes di negara itu disahkan melonjak melepasi 100,000 selepas kenaikan harian tertinggi.

Dalam pertemuan yang disiarkan di televisyen dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, beliau memaklumkan perlu menjalani pengasingan diri bagi melindungi rakan yang lain dan mencadangkan supaya perlu ada seseorang bertindak sebagai Perdana Menteri sementara.

Putin kemudian segera menandatangani keputusan bagi melantik Timbalan Perdana Menteri Pertama Andrei Belousov sebagai pengganti sementara.

Presiden meyakinkan Mishustin bahawa Covid-19 boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja dan mengatakan bahawa tiada keputusan besar akan dibuat tanpanya.

"Saya harap anda tetap dapat bekerja dan hubungi saya sebaik tiba di hospital," kata Putin kepada Mishustin.

Putin melantik Mishustin yang juga bekas ketua perkhidmatan cukai dalam keputusan mengejutnya pada Januari tahun ini, bagi menggantikan bekas Perdana Menteri Dmitry Medvedev.

Menurut laman web Kremlin, Putin tidak mengadakan sebarang pertemuan dan kali terakhir dilihat bersama Mishustin pada 24 Mac lalu.

Sebanyak 7,099 kes positif wabak Covid-19 dilaporkan dalam masa 24 jam lalu di Rusia yang kini mencapai 106,498 kes dengan 1,073 kematian.

MR :  PM Malaysia walaupun tubuh lemah kerana kanser dan bahaya untuk serangan covid-19 tapi beliau aktif..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan