Header Ads

ads header

Flash News

PH mahu cabar pelantikan speaker baru DUN Melaka


MELAKA: Pakatan Harapan (PH) akan mencabar keabsahan kedudukan pengerusi Umno Melaka Ab Rauf Yusoh sebagai speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dan Adun Rim Ghazale Muhamad sebagai timbalan speaker.

Pengerusi PH Melaka Adly Zahari berkata, PH akan memfailkan saman pemula dalam masa terdekat melalui masing-masing melalui Omar Jaafar dan Wong Fort Pin, yang didakwa masih speaker dan timbalan speaker DUN Melaka yang sah.

Persidangan DUN Melaka semalam kecoh dengan desakan daripada Adun Perikatan Nasional (PN) yang mendesak Omar digantikan dengan anggota PN.

Persidangan itu kemudiannya menyaksikan Ab Rauf dilantik sebagai speaker setelah mendapat sokongan majoriti 16 daripada 28 Adun keseluruhan.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan