Header Ads

Header ADS

PH pertingkat ‘perang psikologi’, dakwa cukup sokongan untuk menghadap Agong


PETALING JAYA:
Parti paling kecil dalam Pakatan Harapan (PH) melancarkan “perang psikologi” sewaktu bekas gabungan kerajaan itu mempertingkat kempennya untuk kembali berkuasa, kata sumber yang maklum mengenai perbincangan untuk menumbangkan kerajaan 3 bulan Perikatan Nasional (PN).

Beberapa hantaran di media sosial oleh individu yang rapat dengan Amanah turut mendakwa PH, gabungan 3 parti yang ditendang keluar dari Putrajaya selepas PPBM keluar pada Februari mendakwa ia kini mempunyai sokongan majoriti 222 ahli Parlimen di pihaknya.

Malah satu hantaran mendakwa bahawa PH kini menunggu untuk hadir ke istana menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memaklumkan mereka mempunyai sokongan mencukupi melalui kenyataan bersumpah (SD) yang ditandatangani oleh ahli Parlimen.

Seorang pakar undang-undang yang mahir mengenai peranan istana menolak dakwaan itu.

Beliau berkata, keadaannya berbeza dengan krisis politik pada Februari lepas apabila kerajaan PH tumbang berikutan peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad.

“Agong sudah pasti tidak akan melayan SD baru daripada gabungan yang mendakwa mempunyai sokongan majoriti. Tidak ada obligasi sedemikian dipertanggungjawabkan ke atasnya di bawah Perkara 43(4), katanya dengan menambah bahawa ucapan Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Dewan Rakyat pada 18 Mei lepas menjelaskan perkara itu.

“Membenarkannya akan mencetuskan krisis dan ketidakstabilan politik kerana setiap 2 bulan mungkin akan ada parti politik yang hadir ke istana mendakwa mereka mempunyai sokongan majoriti,” katanya.

‘Perang psikologi biasa’

Sumber yang rapat dengan lingkungan PH mendedahkan bahawa dakwaan mengenai perubahan di Putrajaya adalah perkara “biasa” dengan berkata, ia “menyerupai kempen sebelum ini”.

“Ia menyamai perang psikologi pemimpin tertentu pada 2008 yang mendakwa mempunyai sokongan untuk menjatuhkan kerajaan barisan Nasional (BN) pada masa itu,” kata orang dalam PKR, dipercayai merujuk kepada kempen 16 September 2008 oleh Anwar Ibrahim untuk mengambil alih kerajaan persekutuan, 5 bulan sebelum kejayaan besar gabungan Pakatan Rakyat yang dianggotainya.

Khabar angin dan spekulasi mengenai majlis menghadap di Istana Negara tersebar dalam kalangan penyokong PH sejak malam semalam.

Ini termasuklah dakwaan bahawa Parlimen akan dibubarkan esok bagi membuka jalan kepada pilihan raya umum, sementara yang lain bercakap tentang “kesihatan” Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin dikenakan perintah kuarantin 14 hari sejak minggu lepas selepas menghadiri mesyuarat pasca Kabinet yang menyaksikan seorang pesertanya disahkan dijangkiti Covid-18 selepas itu.

Terbaru pengarah komunikasi Amanah Khalid Samad, yang merupakan antara pemimpin PH yang lantang sejak ia tumbang 3 bulan lepas, berikrar untuk bekerja keras bagi mendapatkan semula mandat pilihan raya gabungan politik itu.

“Ia adalah persoalan memenuhi amanah rakyat,” kata bekas menteri Wilayah Persekutuan itu pada sidang media di pejabat beliau di Shah Alam.

FMT tidak dapat mengesahkan sama ada terdapat permohonan untuk menghadap Agong hari ini.

Dua minggu lepas Sultan Abdullah mempertahankan keputusan mengehadkan persidangan Dewan Rakyat selama 1 hari dengan agenda tunggal Titah Diraja.

“Beta ingin menasihatkan supaya tidak mengheret negara sekali lagi ke kancah politik yang tidak menentu, ketika rakyat jelata masih berhadapan dengan pelbagai masalah dan masa depan yang cukup sukar akibat pandemik Covid-19 ini,” katanya.

Sultan Abdullah juga berkata, beliau memberi masa secukupnya kepada ahli Parlimen dari kedua-dua belah pihak untuk mencadangkan nama calon perdana menteri.

“Setelah melalui semua proses tersebut, dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, beta mendapati Tan Sri Muhyiddin bin Haji Yassin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat dan dengan demikian selayaknya dilantik sebagai perdana menteri ke-8,” katanya.

Bagaimanapun wujud dakwaan bercanggah mengenai bilangan ahli Parlimen yang menyokong kerajaan PN.

Susunan tempat duduk persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei menunjukkan 114 ahli Parlimen berada di pihak kerajaan, 107 pembangkang dan 1 Bebas.

FMT sebelum ini memetik seorang pegawai Parlimen yang berkata, susunan tempat duduk baru akan dibuat pada persidangan Julai berikutan aduan yang diterima.

MR :  Upah Sarawak Report, Perang psikologi, Fitnah balak Kedah.. apa lagi?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


10 ulasan:

  1. Sebenarnya Pakatan Hancing pimpinan DA-Pigs mempertingkatkan politik persepsi seperti fitnah untuk kencing rakyat pada skala besar seperti sebelum PRU14 dahulu.

    Orang bodoh sombong sahaja yang merelakan diri mereka dikencing berulang kali hingga hancing oleh Pakatan Hancing pimpinan DA-Pigs.

    BalasPadam
  2. Wek..wek..wek nak termuntahku lihat ada golongan2 yg Sanggup minum kencing hancing najis dan muntah mereka lagi utk pertahankan pihak 22bulan yang dilingkup dan dihancurkan pihak mereka sendiri...FITNAH2 mereka telah memakan diri mereka sendiri...ALHAMDULILAH

    BalasPadam
  3. Pakatan harapan kerajaan penipu.layak jadi pembangkang je.

    BalasPadam
  4. Lid boleh cakap apa je... hakikatnya rakyat dah meluat & menyampah dgn PHancing terutamanya D4Pigs. Lid & geng PANtat dia akan kalah teruk pada PRU15 nanti. Kes dia pun nampaknya dah nak dikorek tu. Sebab itu dia mcm cacing kepanasan.. kah kah kah.. Lid.. Lid.. bila nak naik belon lagi?

    BalasPadam
  5. Awanama u sorang sj yg comen lain org tk mnt ker,

    BalasPadam
  6. Rakyat tak yakin yang kerajaan PH akan melakukan perkara yang lebih baik daripada sekarang.

    BalasPadam
  7. Tanpa undi Melayu ph boleh bungkus.ini kali laa

    BalasPadam
  8. Bila Kerajaan dah stabil dan situasi COVID-19 makin terkawal..Atoq tetiba muncul kembali nak meminta hak-hak kononya kerana rakyat. Masa Rakyat tengah susah Atoq duk sibuk pikir kan anjakan ekonomi untuk Kroni-Kroni dia aje..Time Susah Atoq dan kuncunya buat Hal..bila dah semua agak terkawal..datang nak menjahanamkan apa yang rakyat dapat sekarang ke? Nak ambil balik semua bantuan kepada rakyat dan bagi kepada kroni-kroni Puaka Madey ke..

    Kalau rakyat Malaysia masih tak faham lagi dan Mahu bersekongkol dengan PUAKA2 MADEY tak tahu nak kata macam mana.. ALLAH dah tarik Nikmat semasa PH memerintah..ALLAH bagi balik NIKMAT selepas PH jatuh..ni nak Mintak ALLAH tarik Balik NIKMAT yang di beri semula ke? PIKIR-PIKIR dan RENUNG-RENUNGKAN LAH. Esok Orang lain Yang bersama KRONI-KRONI MADEY dapat NIKMAT..rakyat Malaysia dan Orang Melayu Islam Malaysia dapat siksa AZAB dari MADEY DAN SEKUTUNYA.

    BalasPadam
  9. Perangai juak juak pakatan hancing samalah dengan angan angan golongan kafir dan munafik yang ingin memasukki syurga dengan alasan mempunyai harta yang banyak, anak yang ramai. Pakatan hancing pula bertempik sorak berdegar degar slogan malaysia baru dengan dengan dakyah dapat banyak mandat rakyat tapi yang rakyat dapat 30 ringgit..umpama fatamorgana di padang pasir... Pakatan hancing tidak perlu berfantasi atau bernostalgia dengan harapan yang tidak mungkin menjadi realiti kerana pimpinan ph hanya sibuk faraid jawatan, kuasa dan mengumpul harta. Contohi rekod pimpinan parti lebai yang bersih dari rasuah, tidak meninggal rumah agam atau harta jutaan ringgit hasil jawatan,tidak pernah khianat terhadap rakan gabungan politik dan satu satunya parti tunggal yang paling lama mendapat mandat rakyat iaitu di Kelantan. Para pencacai yang senak otak akan meratib kelantan miskin, tidak maju tapi hakikatnya rakyat kelantan tinggi kuasa beli. Pencacai 30 ringgit bangga dengan kononnya kemajuan tapi hakikatnya semuanya milik orang lain.Kemajuan dan kemakmuran itu pula adalah peninggalan BN seperti di Penang dan Selangor. Pakatan Hancing hanya masuk dengan basuh kaki tetapi tak tahu malu canang kononnya malaysia baru yang membinanya. Tempoh 22 bulan ekonomi, hubungan kaum, hal ehwal islam jadi kacau bilau kerana rakyat telah kena tipu walaupun sudah diingatkan tapi masih degil mendengar nasihat

    BalasPadam
  10. Sebenarnya mhadhir telah di tekan oleh menteri menteri pakatan harapan yang dah hilang jawatan
    Dan dok rindu sangat dengan segala prottokol yang mereka telah nikmati sebelum ini
    Dan oleh kerana mahthir yang bertanggungjawab untuk mereka hilang jawatan maka mahthir telah berikan jaminan kepada menteri menteri ini terutana khalid samad dan bekas ketua menteri melaka bagi jaminan akan merampas kembali kerajaan dari muhidin dan sehingga ke hari ini dan di setiap waktu mahdir di tekan dengan jaminan jawatan dan kerajaan yang di janjikan mahdhir

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.