Header Ads

ads header

Flash News

Remaja Rohingya didakwa bunuh anak tiri 6 tahun


AMPANG
: Seorang remaja etnik Rohingya didakwa di Mahkamah Majistret Ampang pada Jumaat atas tuduhan membunuh anak tirinya yang berusia enam tahun.

Remaja berusia 17 tahun yang memegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) itu didakwa membunuh mangsa dalam bilik Hotel New Wave di Jalan Memanda 5, antara jam 12.01 tengah malam sehingga jam 1.30 pagi pada 11 Mei lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Begitupun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang diwakili peguam bela, Svetlana Nordin kerana kes akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Pendakwaan pula diwakili Timbalan Pendakwa Raya S Sangitaa.

Majistret Normaizan Rahim kemudian menetapkan 1 September depan bagi sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan kimia dan forensik.

Sementara itu, ibu mangsa berusia 23 tahun yang turut memegang kad UNHCR mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang atas dakwaan cuai mengabaikan anaknya dengan cara mungkin akan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan.

Tuduhan itu mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak dan boleh dihukum mengikut akta sama yang memperuntukkan hukuman maksimum denda RM50,000 atau penjara 20 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Norhashimah Hashim memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh dengan alasan kes itu serius dan tidak boleh dijamin.

Hakim Azrul Darus kemudian tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan tarikh sebutan kes pada 2 Julai depan.

Pada 11 Mei lepas, mayat seorang kanak-kanak perempuan warga asing ditemukan di depan kedai makan sebuah pusat beli-belah di Ampang dalam keadaan terbaring serta masih berpakaian lengkap.

Pemeriksaan ke atas badan mangsa mendapati terdapat kesan lebam pada beberapa bahagian badan termasuk lengan dipercayai akibat dipukul.

MR :  Dunia makin kelam


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan