Header Ads

ads header

Flash News

RM1.7 bilion bantuan Prihatin dilulus kepada 2.3 juta pemohon baru


PETALING JAYA: Kementerian Kewangan akan mengagihkan RM1.7 bilion di bawah Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kepada 2.3 juta permohonan baru dan rayuan untuk bantuan tunai itu.

Terdahulu, kementerian itu mengumumkan tempoh permohonan baru dan rayuan dibuka bermula 1 hingga 30 April lalu bagi memastikan bantuan tunai itu sampai kepada mereka yang benar-benar layak serta memerlukan.

Dalam kenyataan hari ini, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz berkata Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sudah selesai membuat semakan ke atas permohonan baru dan rayuan.

“Sukacita saya memaklumkan 2.3 juta permohonan baru dan rayuan BPN telah diluluskan, melibatkan jumlah sebanyak RM1.7 bilion.

“Dengan kelulusan permohonan baru dan rayuan itu, jumlah penerima BPN ialah 10.6 juta, merangkumi jumlah bayaran RM11 bilion (tambahan RM1 bilion berbanding peruntukan asal RM10 bilion).

“Kerajaan berharap BPN ini akan memanfaatkan penerima dan meringankan beban mereka dalam tempoh yang amat mencabar ini.”

Beliau berkata, orang ramai boleh menyemak status permohonan dan rayuan mereka mulai hari ini menerusi https://bpn.hasil.gov.my/.

Katanya, pembayaran BPN akan dibuat sekaligus mulai 15 Mei.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan