Header Ads

ads header

Flash News

Sanusi angkat sumpah jawatan MB Kedah


Ahli Dewan Undangan Negeri Jeneri, Muhammad Sanusi Md Nor, hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Kedah yang baru di Wisma Darul Aman, di Alor Setar.

Muhammad Sanusi, 46, melafaz sumpah memegang jawatan itu di hadapan Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, pada jam 3.05 petang ini.

Majlis berlangsung di Pejabat Sultan Kedah di wisma berkenaan.

Sebelum itu Setiausaha Kerajaan Kedah Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim mengumumkan bahawa Sultan Sallehuddin memperkenankan pelantikan Muhammad Sanusi sebagai menteri besar ke-14 Kedah.

Pelantikan itu dibuat mengikut peruntukan di bawah Perkara 35 dan 37(2)(a) Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah selepas Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah itu mendapat sokongan majoriti Adun.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Muhammad Sanusi memenangi kerusi Jeneri selepas menewaskan Mahadzir Abdul Hamid (BN-UMNO) dan Mohd Nazri Abu Hassan (PH-Bersatu) dengan majoriti 2,455 undi.

Terdahulu, Mukhriz Mahathir mengumumkan melepaskan jawatan menteri besar berkuat kuasa serta-merta selepas kehilangan kepercayaan majoriti Adun negeri itu.

- Bernama



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan