Header Ads

Header ADS

Sebiji kena atas muka William Leong, Adakah Mahathir terlibat bebaskan Guan Eng, tanya Azalina


Bekas menteri undang-undang, Azalina Othman Said membidas ahli Parlimen Selayang, William Leong yang mempertikaikan apakah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang meluluskan supaya dakwaaan pertuduhan pengubahan wang haram berkaitan dana 1MDB terhadap Riza Aziz digugurkan.

Azalina berkata soalan seperti itu juga boleh ditujukan kepada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad apabila bekas menteri kewangan Lum Guan Eng dibebaskan daripada pertuduhan rasuah terhadapnya.

“YB Leong, saya khuatir kenyataan/soalan yang ditujukan kepada YAB PM itu bak kata “menjolok sarang tebuan”.

“Izinkan saya merujuk kepada keputusan mantan pendakwa raya untuk 'nolle prosequi' terhadap YB Bagan pada 2 Ogos 2018.

“Adakah PM7 terlibat dalam keputusan itu? Pasti tidak kan? Atau mungkin anggapan saya salah?” ciapnya di Twitter.

“Saya yakin saya tidak perlu mengingatkan YB mengenai prinsip pemisahan kuasa antara eksekutif, kehakiman dan badan perundangan, kan?,” katanya.

Pemimpin Umno itu berkata demikian apabila mengulas artikel Leong yang diterbitkan oleh Focus Malaysia pada Ahad lalu.

Ahli Parlimen PKR itu bertanya adakah Muhyiddin meluluskan perjanjian tawar-menawar dengan Riza itu.

Bagaimanapun, Muhyiddin melalui kenyataan Pejabat Perdana Menteri sebelum ini menyatakan bahawa beliau tidak terlibat dalam keputusan mahkamah yang melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) anak tiri bekas perdana menteri Najib Razak itu.

Pada 14 Mei lalu, mahkamah berkata persetujuan telah dicapai antara pihak Riza dan pendakwaan dalam lima pertuduhan pengubahan wang haram.

Dalam persetujuan itu, Riza dilepas tanpa dibebaskan atas pertuduhan itu dengan syarat memulangkan semula aset dari luar negara dengan nilai anggaran AS$107.3 juta (RM465.3 juta).

Jika Riza gagal untuk mematuhi perjanjian tersebut, maka pendakwaan berhak untuk mengenakan semula pertuduhan tersebut dan mendakwanya di mahkamah.

Pada Sept 2018, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membebaskan bekas ketua menteri Lim Guan Eng daripada dua tuduhan rasuah selepas peguam negara menerima hujah balasan daripada peguam.

Lim yang ketika itu merupakan menteri kewangan didakwa bersama ahli perniagaan Phang Li Koon di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang George Town, menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Kedua-dua mereka menghadapi tuduhan berkenaan ekoran urusan jual beli sebuah banglo di Jalan Pinhorn, George Town, di katakan di bawah harga pasaran semasa.


MR :  Terdiam


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


6 ulasan:

  1. Kalu nak prtikaikan krputusan mkh jadi pendawaraya atau peguam bela bru bleh minta ulang bicara di mkh yg lbih tinggi...klu takat sembang tepi dinding dlm kedai kopi bleh jalan da...

    BalasPadam
  2. Bandingkan jumlah rasuah lge dgn reza...mcm gajah dgn semut

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasuah tetap rasuah bodoh!x kira la la besar semut@gajah berok

      Padam
    2. Jadi kat mana beza nya..Kecil dengan Besar je ke..tapi ianya tetap rasuah kan..Projek terowong dasar laut LGE ikut kiraan Billion kan..tu apa Bapak semut ke Bapak Gajah..?kalau Cina rasuah lepas bebas takpe ye..kalau melayu je rasuah pada pandangan ko bagaimana pulak..kena canang kan satu dunia la yerr..at least ada hukuman pada RIZA dari pandangan mahkamah..rasuah Cina LGE pulak ko nak suruh diamkan tanpa apa-apa hukuman mahkamah ke..kerja lain takde nak menjahanamkan melayu dan membodek bangsa Cina je kerjanya..kalau ko melayu esok yang baca kan talkin ko islam melayu juga bukan kafir cina yang bacakan.

      Padam
  3. Kes ni ok juga lah...kena pulangkan kembali wang yg dicuri. Tp kes LGE tu macamana...dalam proses perbicaraan boleh buang kes...dibebas dan dilepaskan. Kau ingat semua rakyat ni buta ke??? Mmg Pakatan Haram Jadah...

    BalasPadam
  4. Unknown 1059...
    Ko g tanye lge ko pe die buat
    Bodoh piang punye org....
    Haktuihhhh

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.