Header Ads

Header ADS

Selepas Salahkan Muhyiddin, Salahkan Najib dan Kini Salahkan PAS. Dia macam Atok benar belaka!


Tak ada dia nak 'koreksi diri'. Tak pula salahkan Adun PKR dan BERSATU yang keluar parti kerana hilang percayaan kepada dia. Kerjanya nak PERJAHATKAN NAJIB dan PAS.

---------
Mukhriz dakwa PAS mungkir janji untuk beliau kekal MB hingga tamat penggal
Mukhriz Mahathir mendakwa PAS telah mungkir janji untuk membolehkannya terus menerajui pentadbiran kerajaan Kedah sehingga tamat penggal ini.

Menurut Mukhriz, yang meletakkan jawatannya hari ini, janji itu dibuat selepas kejatuhan pentadbiran PH di peringkat pusat, yang kemudian membawa kepada pertukaran kerajaan di beberapa negeri.

"Di kedah saya ambil keputusan kekalkan kerjasama dengan PH negeri.

"Kepimpinan PAS Kedah juga telah beri jaminan bahawa mereka tidak akan mendesak adun-adun PH untuk melompat ke pihak mereka, dan setuju saya terus berkhidmat sebagai menteri besar sehingga akhir penggal.

"Permohonan mereka adalah agar kerajaan negeri tidak memandang mereka semata-mata sebagai pembangkang, sebaliknya beri peruntukan tambahan kepada pusat khidmat DUN PAS dan Umno," katanya ketika sidang media di Wisma Darul Aman, Kedah, hari ini.

Malaysiakini sedang berusaha mendapatkan respon PAS Kedah berhubung kenyataan Mukhriz.

Pada Februari lalu, Malaysia menyaksikan kemelut politik yang mengakibatkan kerajaan PH jatuh susulan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin membawa keluar parti daripada gabungan itu.

Ia menyaksikan Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan pelantikan Muhyiddin sebagai perdana menteri kelapan.

Langkah Bersatu juga membawa kepada pertukaran kerajaan yang sebelum ini ditadbir PH, iaitu Johor, Perak dan Melaka.

Jawatan menteri besar Johor dan dan ketua menteri Melaka diberikan kepada Umno, manakala Ahmad Faizal Azumu daripada Bersatu kekal sebagai menteri besar Perak.

Bagaimanapun pada masa itu Mukhriz mengekalkan kerjasama Bersatu dengan PH di Kedah, membolehkan pentadbiran negeri terus kekal sehinggalah peralihan sokongan enam Adun - dua bekas PKR dan empat daripada Bersatu - kepada PN minggu lalu.

Berkenaan permohonan PAS berkenaan peruntukan itu, Mukhriz mendakwa ia telah dikemukakan dan diluluskan.

"Jelas sifat timbang rasa kami untuk meluluskan permohonan PAS itu langsung tidak diambil kira apabila mereka melayan permohonan beberapa Adun kerajaan yang berhajat melompat ke pihak mereka," katanya lagi.

Pada masa sama, Mukhriz berkata beliau dan PH tidak akan mencabar pertukaran kerajaan di Kedah kerana ia selaras dengan undang-undang tubuh kerajaan negeri.

"Tak akan cabar (di mahkamah), kami bersedia untuk tukar kerajaan pada pilihan raya umum," katanya lagi.

MR :  Nanti selepas ni Ebit Lew pula salah pasal kenapa bantu rakyat Kedah yg miskin


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


7 ulasan:

  1. Munkin esok atau lusa dia salah kan bapa dia pulak sebab tak ikut tsmy dlm kerjaan perekutuan....macam2 bleh jadi ni

    BalasPadam
  2. PH kian meninggal dan akan terus meninggal. 22 bulan beri peluang disia2kan dengan rebut kuasa,fitnah,ugut dan tarik peruntukan untuk rakyat.rupanya malaysia masih ada duit.tidak miskin seperti PH/DAp bohongi

    BalasPadam
  3. Pi LA KO Mukriz,sama je perangai mcm bapak ko penyamun tarbus(anuar yg kata) hahahahaaa.asyik menyalahkan orang lain je.ahhhhh bosan la tengok keturunan Mahadir kutey ni.bla LA KO.

    BalasPadam
  4. padan dgn muka hang ank dgn bapak sama jer hati busuk kaki penipu kaki kencing elok la ph berkubur terus dgn dap babi.

    BalasPadam
  5. Pemimpin liberal sekutu parti kafir Harbi D4P 'tembak kaki sendiri' untuk menyalahkan pihak lawan. Politik persepsi menjadi mantera pakatan kafir harbi-munafik liberal untuk kencing rakyat.

    BalasPadam
  6. Boboi nak cuba nasib jadi MB kali ketiga,.. kalau jadi kira Hatrikk tu..
    tapi tak payahla boboi, ko pun dah mula salahkan orang lain sana sini, tak mahu terima kenyataan kekalahan. Biasalah hero kalah dulu, penjahat kalah kemudian.. ko tak baca skrip filem ke bObOI!

    BalasPadam
  7. Bosan dh weii.. 22 bln aku tungu bukti xdk.. goreng sna goreng sini.. naib puaka masih ke sana ke sini..

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.