Header Ads

ads header

Flash News

Seorang lagi ahli Parlimen PKR akan keluar parti


PETALING JAYA:
Seorang ahli Parlimen PKR akan menjadi wakil rakyat terbaru yang akan keluar parti, satu lagi tamparan kepada peluang parti itu untuk mengembalikan Pakatan Harapan ke tampuk kuasa persekutuan.

Sumber dalaman parti beritahu FMT bahawa ahli Parlimen itu tidak menonjolkan diri sejak tumbangnya kerajaan PH pada Februari, yang juga menyaksikan penyingkiran para penyokong bekas timbalan presiden Mohamed Azmin Ali daripada PKR.

Azmin dan beberapa ahli Parlimen belot dan menyokong Muhyiddin Yassin untuk menubuhkan kerajaan Perikatan Nasional, dengan sokongan Umno, PAS, dan GPS.

Dipercayai ahli Parlimen itu akan mengumumkan keluar PKR esok. FMT tidak menamakan wakil rakyat itu sehingga mendapat pengesahan.

Sumber sama beritahu FMT bahawa PKR akan menyaksikan “beberapa lagi ahli Parlimen” jadi wakil rakyat Bebas.

“Besar kemungkinan ahli-ahli Parlimen ini kekal sebagai wakil rakyat Bebas. Macam mana sekalipun, ia satu tamparan pada Anwar Ibrahim dan PH yang berusaha untuk mendapatkan sokongan wakil rakyat untuk kembali berkuasa,” kata sumber itu, merujuk kepada presiden PKR yang juga kini pengerusi PH.

Perkembangan ini beberapa minggu selepas 2 Adun PKR di Kedah mengumumkan keluar parti, mempercepatkan kejatuhan kerajaan PH pimpinan Mukhriz Mahathir.

Mukhriz meletakkan jawatan MB beberapa hari selepas Adun Sidam, Robert Ling dan Adun Lunas, Azman Nasrudin mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas mesra PN.


MR :  Selepas ni tinggal apa?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Alhamdulillah jika benar.Sokongan dan pengaruh PH kian menyusut.Cukup2 dah mengharubirukan Malaysia dengan PH. Kedua2 warga emas mencelarukan.Alhamdulillah resah rakyat daripada PH, kian menipis. PM MY memperbetulkan kerosakan Ph selama 22 bulan.Kini kurang dah kedengaran hina Islam,hina Melayu dsb.Alasan PH nk bebaskan Malaysia darpada perompak tapi 22 bulan Ph melanun harta negara melalui penjualan aset,tarik peruntukan orang susah selain suruh rakyat ikat perut

    BalasPadam
    Balasan
    1. TANPA NAMA nak jilatpun biarlah berhujah dgn fakta.

      Bukankah yg jual aset khazanah tu kerajaan tebuk atap ini.

      Bukankah yg merompak & melanun wang rakyat ni kerja2 pemimpin umno.

      Mana nak ditutupkan bangkai berpuluh-puluh kes rasuah & penyelewengan pemimpin umno & pas ?

      Bicaralah dgn fakta.

      Ingat rakyat ni boleh di auta kan ke ??

      Nak jadi penjilat.
      Biarlah penjilat yg berprinsip kebenaran bukan auta.

      Padam
  2. Kesilapan anuar kerana bersekongkol dengan dap yang terang2 menentang perlembagaan negara.reformasi anuar sudah tidak relevan dengan denyut nadi rakyat malaysia.prinsip keadilan,kekayaan adil,membenteras rasuah merupakan agenda muhiydin,agenda anuar,mahadir dan ph semata2 mengembalikan kuasa tanpa memperjuangkan hak rakyat jelata,kecuali untuk memuaskan cita rasa golongan ultras india dan cina..kenapa tak bersama mca yang relevan dengan warga malaysia yang cintakan keamanan dan keharmonian kaum...

    BalasPadam
  3. Biasanya yg lompat parti tak akan bertanding pd PRU akan dtg...kalo bertanding pasti kalah sbb kianat mandat rakyat...yg ada skrg tak tergoda dgn Rm...yg lompat pasti tunggu habuan...skrg ni kerajaan yg memerintah perlu buat usul anti lompat parti...kalo lompat atau keluar automatik gugur sbgai MP dan kuasa d kembali kpd rakyat..biar rakyat tentukan..kalo tidak semua wakil rakyat yg untung dpt habuan...rakyat yg Menderita.

    BalasPadam
  4. Ghanimah masih bnyk lagi utk difaraidkan, walaupun ulama2 pas sendiri yg sekarang berada dlm kerajaan tebuk atap ini menghujahkan "haram gaji yb lompat parti"

    Bahkan ulama2 pas sendiri juga yg berhujah...pengkianat ini seorang yg bersifat fasiq.

    Itu belum lagi soal saman rm 10 juta yg akan dibuat oleh pkr kepada mana2 yb mereka yg melompat parti.

    Tak tahulah pula , jika memang ada funder2 dari umno, utk bayarkan saman tersebut, sbgaimana kes hadi.

    Inilah akhir zaman.
    Yg mengaku islam tapi berperangai syaitan.

    Kerajaan tebuk atap ni sebenarnya dah tak lena..
    Kedudukan parlimen skrg 111 - 111

    Skrg akan ada satu helah utk sorang dua ahli yb umno utk istiharkan keluar parti utk sokong ph.

    Maka muhyidin akan tumbang.

    Mungkin akan ada pembubaran parlimen yg memang diharapkan oleh muafakat nasional (umno pas).
    Dimana dgn diadakan nya pru,.maka umno akan dapat merampas kembali jawatan pm & tpm utk menyelamatkan pemimpin mereka dari tuduhan2 rasuah & penyalahgunaan kuasa.

    Jadi dimana akan diletakkan.
    Bersatu blok muhyidin
    Dan wakil rakyat bebas blok azmin ali.
    Ini lah yg dikatakan..
    Menang jadi arang
    Kalah jadi abu.

    Apapun kerja-kerja khianat ini adalah kerja-kerja yg sangat keji & terkutuk.
    Bukan saja diakhirat Allah akan beri kehinaan bahkan didunia ini pelaku-pelaku khianat ini akan mendapat kesusahan & penghinaan.

    Termasuk lah para-para penjilat tegar mereka@TANPA NAMA.

    BalasPadam