Header Ads

ads header

Flash News

Sokongan terhadap PM New Zealand meningkat, pembangkang tukar pemimpin


WELLINGTON:
Pembangkang konservatif New Zealand menukar pemimpinnya hari ini sebagai usaha terakhir untuk mengatasi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Perdana Menteri, Jacinda Ardern kerana berjaya mengawal penularan COVID-19.

Anggota Parlimen Parti Kebangsaan memilih untuk menyingkirkan Simon Bridges selepas tinjauan awam meramalkan pemimpin itu tidak akan memperoleh sokongan dalam pilihan raya umum pada 19 September nanti.

Tempatnya akan digantikan oleh bekas eksekutif perniagaan, Todd Muller, yang menggalas tugas besar bagi memastikan parti itu kekal kompetitif sebelum rakyat negara itu membuat pemilihan dalam masa kurang empat bulan lagi.

Muller, 51, berkata fokusnya adalah memulihkan semula ekonomi di negara itu yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

“Rakyat New Zealand memerlukan kerajaan dengan pengalaman dan kemahiran pengurusan bagi melalui krisis terburuk (COVID-19) sejak berakhirnya Perang Dunia Kedua,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, dalam satu undian dibuat oleh Newshub-Reid Research pada Isnin lalu mendapati sokongan luar biasa diberikan kepada Ardern iaitu sebanyak 91.6 peratus.

Ia berikutan kejayaan kepimpinannya dalam menangani krisis COVID-19.

Ardern, 39, mengarahkan perintah berkurung dilaksanakan di negara itu selama tujuh minggu dan ia berhasil apabila penularan wabak itu dilaporkan semakin terkawal.

Negara dengan populasi 5 juta penduduk itu mencatatkan hanya 21 kematian membabitkan kes COVID-19.

– AFP

MR :  Nampaknya PH kena tukar pemimpin mereka si Anwar dan Mahathir kalau nak berjaya


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan: