Header Ads

Header ADS

Terbongkar! Wan Azizah dan CEO YKN 'IKRAM' salur dana Qatar USD50 juta kepada 3 NGO Kroni


MKN dipengerusikan Wan Azizah mengarahkan CEO YKN bawah kementeriannya menyelaras Dana Qatar (QFFD) USD50 juta. CEO orang kuat IKRAM pula memilih 3 NGO kroni pro IKRAM terima dana itu. Apa kriteria? berapa dapat tidak diperjelaskan..

Puak PH sebelum ini menuduh kononnya Zahid Hamidi sebagai Menteri KDN yang berunding dengan kerajaan Qatar pada tahun 2017 menerima dana Rohingya USD 50 juta (RM217 juta) bagaimanapun dinafikan oleh Zahid kerana dana itu hanya diterima selepas pertukaran kerajaan BN kepada PH.

Oleh itu tanyalah Wan Azizah Wan Ismail kerana media melaporkan beliau yang bertemu kedutaan Qatar serta berkunjung sendiri bertemu Amir Qatar, YM Sheikh Tamin bin Hamad al-Thani ke pada 25 November 2018 dan mengesahkan sumbangan USD 50 juta kerajaan Qatar untuk pelarian Rohingya itu.

Maka terbukti jelas Zahid tidak terlibat dengan dana itu!
Jadi siapakah yang songlap dana Qatar itu?
[ARTIKEL BERKAITAN- Dana Rohingya lesap: Wan Azizah 'Songlap' RM200 juta Qatar Development Fund (QDF)? ]


Asalnya PH menuduh Zahid. Akhirnya terbongkar kisah sebalik dana Qatar Fund for Development (QFFD)


Akhirnya kerana desakan netizen dalam media sosial bertalu, Dr Wan Azizah Wan Ismail bekas timbalan perdana menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tampil menjelaskan dana sumbangan AS$50 juta dari Qatar itu yang disalurkan kepada 3 NGO kroni yang diselaraskan oleh Yayasan Kebajikan Negara (YKN)

Wan Azizah menjelaskan bantuan kemanusian daripada Qatar Fund for Development (QFFD) kepada pelarian Rohingya diperuntukkan dalam tiga sektor - kesihatan, pendidikan dan kehidupan berdikari.

"Bagi pelaksanaan sektor kesihatan, satu perjanjian projek telah dimeterai pada 13 September 2019 di antara YKN, Qatar Charity dan tiga buah NGO yang terlibat dalam sektor ini, iaitu Mercy Malaysia, Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMARET) dan Malaysia Relief Agency (MRA), dengan agensi penyelaras  YKN)”.

Perjanjian itu setahun sehingga 12 September 2020 dengan dana USD 5 juta dan disambung setiap tahun selama tiga tahun menjadi USD 15 juta. Mana lagi bakinya USD35 juta?

Majlis Keselamatan Negara (MKN) pula sebagai pengerusi jawatankuasa pemantau yang di Pengerusikan sendiri oleh Dr Wan Azizah selaku TPM. Bermakna semua arahan  adalah dari Dr Wan Azizah juga.

Benarkah bantuan dana untuk pelarian Rohingya?


Nampak tak? Banyak persoalan timbul selepas pengakuan Wan Azizah itu. Benarkah sejumlah dana USD50 juta telah disalurkan kepada 3 NGO itu sahaja?

Apa kriteria 3 NGO yang di pilih oleh Yayasan Kebajikan Negara sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu?

Benarkah Yayasan Kebajikan Negara tidak pernah menerima satu sen pun wang Qatar Fund for Development (QFFD)? – Harap Menteri baharu YB Rina Harun mendedahkan dana ini.

Mengapa Dr Wan Azizah memilih Yayasan Kebajikan Negara sebagai penyelaras iaitu agensi bawah kawalannya sendiri? YKN  menyelaras bermakna Wan Azizah dan YKN mahu mengawal dana itu.

Siapa CEO Yayasan Kebajikan Negara?

Sebelum Dr Wan Azizah Wan Ismail mengadakan lawatan ke Qatar pada 25 November 2018, Wan Azizah telah melantik  Datin Paduka Che Asmah Ibrahim Naib Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (Pendokong Parti PAN) sebagai Ketua Pegawai Eksekutif YKN mulai 15 November 2018.


Che Asmah Ibrahim juga adalah pejuang Parti Amanah Negara (PAN)



Di Qatar Wan Azizah telah bersedia menyatakan hasrat mengenai dana USD50 juta itu. CEO YKN pun dah bersedia

Wan Azizah memerlukan seorang CEO YKN yang taat kepadanya bagi menguruskan dana ratusan juta di YKN. Sejak jun 2018 Wan Azizah sudah dimaklumkan oleh Kerajaan Qatar mengenai dana USD50 juta untuk Rohingya itu.

Maka Wan Azizah memilih Datin Paduka Che Asmah Ibrahim sebagai CEO. Ahli Lembaga YKN yang lain ialah Syed Azmi Alhabsi penganjur kontroversi ‘pegang anjing’ dan beberapa pendokong PH.



Umum mengetahui ahli-ahli Pertubuhan IKRAM yang dulu dikenali Jemaah Islamiah Malaysia (JIM) menguasai institusi Pendidikan, persatuan perubatan, kejuruteraan dan badan profesional lain.

Akhirnya YKN menjadi tempat penyalur wang kepada NGO-NGO pro IKRAM di negara ini. Ada baiknya akaun YKN diaudit supaya disemak kerana pasti ada kepentingan Naib Presiden IKRAM menyalurkan dana YKN kepada individu atau NGO kroni IKRAM lain.

Wan Azizah, Che Asmah memilih NGO Kroni.


Begitu banyak pertubuhan, Yayasan termasuk yang punya kaitan dengan Rohingya tetapi Che Asmah memilih NGO Kroni kem IKRAM seperti Mercy Malaysia, Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMARET) dan Malaysia Relief Agency (MRA).



Siapa tak kenal Mercy Malaysia? sekalipun Mercy sudah menerima beratus juta dana dari pelbagai pihak.


Che Asmah CEO YKN masih tetap memilih geng IKRAM mereka



Penasihat IMARET ialah Dr Musa Nordin yang kontroversi sekarang


NGO ketiga ialah MRA..berapakah nilai MRA perolehi?

Che Asmah dalam facebooknya mengesahkan majlis menandatangani dana ini melibatkan 3 NGO sahaja. Malah terdapat klinik yang  bukan berasaskan etnik Rohingya dibuka untuk klinik pelarian. Berapakah kos dana disalur kepada Mercy Malaysia, IMARET dan MRA? adakah USD5 juta setiap NGO? Apakah kos yang ditanggung? Dan klinik yang dibuka milik syarikat atau NGO. Semuanya mengenai wang.




Kalau terus apa kriteria pilih 3 NGO kroni ni?


Kelihatannya ia bukan hanya untuk Rohingya sebagaimana dijanjikan lebih awal
Bunyi dana USD50 juta begitu besar tapi tak nampak disalurkan menyeluruh di negara ini. Rohingya masih merempat, Pendidikan terabai, pengotor dan terlibat dengan jenayah.

Wan Azizah selaku Pengerusi MKN mengarahkan Che Asmah CEO YKN untuk memberi dana kepada NGO kroni yang mereka pilih sahaja.

UNHCR di negara ini seolah-olah menjadikan etnik Rohingya sebagai perniagaan di negara ini. Semakin ramai pelarian Rohingya maka semakin banyak dana yang diterima dari penyumbang. Sudah tentu ini sesuatu yang sangat tidak sihat.

Pemecatan CEO Yayasan Kebajikan Negara 

Cara Wan Azizah Wan Ismail dan Datin Paduka Che Asmah Ibrahim CEO menguruskan YKN sangat mencurigakan. Ahli Lembaga Pengarahnya juga terdiri daripada kumpulan liberal dan kontroversi.  Lantaran itu Datuk Seri Rina binti Mohd Harun Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarat menamatkan Che Asmah CEO YKN yang terlalu totok Wan Azizah dan IKRAM.

YKN mesti dibersihkan daripada anasir IKRAM. Oleh itu Menteri KPWKM melalui suratnya pada 25 Mac 2020  menamatkan khidmat Che Asmah Ibrahim sebagai CEO YKN termasuk beberapa ahli lembaga pengarahnya seperti Syed Azmi Alhabsi.


 

Jejaka kesayangan PH ini dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Kebajikan Negara..
namun akhirnya dipecat jua

Sekali lagi diharap YB Datuk Seri Rina Harun dapat membuat audit atas segala program YKN dan juga akaunnya. Ke mana dana yang diterima oleh YKN dibelanjakan oleh Wan Azizah Wan Ismail dan Che Asmah Ibrahim itu. Mengenai dana Qatar Fund for Development (QFFD) USD50 juta (RM217 juta) yang diberi kepada 3 NGO diselaras YKN wajar didedahkan kepada umum atau di parlimen. Mengapa 3 NGO itu sahaja. Setakat huraian dalam satu kenyataan media oleh Dr Wan Azizah yang disokong oleh Che Asmah adalah sesuatu yang tidak mencukupi.

Kelihatanya Dana ini tidak pernah disampaikan terus kepada Pelarian Rohingya.....

#sumber



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


7 ulasan:

  1. Cara mudah mendapatkan kekayaan, join NGO.. Inilah trend manusia mencari harta, xkira halal haram... Hrp pihak berwajib siasat perkara ini.. Yg dpt nama buruk adalah malaysia..setakat dipecat atau ditamatkan jawatan xmenjadi makna... Sepatutnya mrk dihukum krn masalah tersebut adalah jenayah... Bkn perkara biasa,ada akta yg boleh didakwa.harap sampah2 dn tikus2 yg bwk kerosakan yg dibersihkan...dinyahkan terus.supaya dana yg diterima disalurkan krn allah..

    BalasPadam
  2. Kita mohon SPRM dll menyiasat dengan segera kes Wang derma Qatar RM200 juta untuk pelarian Rohingya kerana Kita bimbang tentang kemungkinan Wang derma tersebut disalah-gunakan oleh pihak yang berkaitan.

    Sepatutnya Wang derma ini dibentangkan di parlimen supaya ia menjadi telus bersama dengan laporan audit yang lengkap di waktu KERAjaan PH berkuasa dahulu.

    Siasatan ini sangat penting untuk menjaga integriti dan maruah negara Kita dan kepentingan orang ramai.

    BalasPadam
  3. Patut bagi pada kamu yang uruskan....

    BalasPadam
  4. Duit lesap kes lesap. Begutulah yg sering terjadi klau kes ada kaitan dgn menteri. Dri menteri geng2cph mahuoun geng2 bn. Sama saja setannya. Kecuali dri org2 pas. Yg tiada kes direkanya menjadi ada. Mmg malaysia ni tunggu bala jer.korup sungguh2

    BalasPadam
    Balasan
    1. inilah "prof kangkung" kebanggaan orang pas...memfitnah banyak kali minta maaf...

      https://kedahkini.com/kamarul-yusoff-memfitnah-akhirnya-memohon-maaf-secara-terbuka/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

      Padam
  5. Pekara ni kalau dah ada salah urus lama dah ke dalam. Bising aje yg lebih..cari publisiti murahan. Kuasa ada dlm genggaman siasatlah bising buat apa..

    BalasPadam
  6. Merangkaklah kamu semua di kahirat nanti mencari orang yang kamu semua fitnahkan ni.

    ini "Prof Kayu" dah melutut minta maaf sebelum kena bayar jutaan ringgit saman

    https://www.facebook.com/455957824611888/posts/1407046946169633/?sfnsn=mo

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.