Header Ads

Header ADS

Terus bermimpi kerajaan Sabah akan tumbang, kata pemimpin Warisan


KOTA KINABALU:
Pemimpin Warisan menolak dakwaan Umno Sabah yang kerajaan negeri akan tumbang tidak lagi seperti negeri lain pimpinan Pakatan Harapan di Semenanjung.

Naib Presiden Warisan, Junz Wong dan Ketua Pemudanya, Azis Jamman, meminta Ketua Pemuda Umno Sabah, Abdul Aziz Julkarnain “untuk terus bermimpi” kerana Adun negeri itu menyokong penuh Ketua Menteri, Shafie Apdal.

Wong berkata, setiap Adun mahu memainkan peranan untuk menjadikan Sabah sebagai tempat lebih baik bagi generasi akan datang, kecuali pembangkang.

“Inilah Sabah Baru di mana semua orang fokus membina semula negeri – bukannya merompak kekayaan Sabah.

“Saya percaya kebanyakan, jika bukan semua, bersama Shafie dan kerajaan Sabah pimpinan Warisan.

“Kami masih dalam keadaan baik. Semua sekutu kami – Upko, PKR dan DAP – berazam untuk melihat perubahan sebenar bagi semua rakyat Sabah,” katanya hari ini.

Semalam, Aziz mendakwa kira-kira 24 Adun Sabah yang tidak hadir satu acara menyokong Shafie oleh beberapa pemimpin daripada gabungan negeri itu ialah tanda kedudukan Warisan sebagai ketua menteri goyah.

Katanya, ia juga petunjuk apa yang bakal berlaku di Sabah, yang kekal bersama Shafie dan sekutu PH, walaupun selepas kejatuhan kerajaan PH di Putrajaya Februari lalu.

Wong yang juga menteri pertanian dan industri makanan Sabah, menolak kenyataan itu dengan mendakwa banyak parti lawan mahu menyertai gabungan negeri berkenaan.

“Kepada mereka yang mahu melompat (ke Perikatan Nasional), saya hanya boleh ucapkan semoga berjaya.

“Sejujurnya, saya tidak fikir ada yang akan berbuat demikian. Malah, lebih ramai yang mahu ke sini – anda hanya tunggu dan lihat.”

Azis meminta ketua Pemuda Umno Sabah tidak meneruskan idea partinya dan sekutu dalam PN menubuhkan kerajaan “pintu belakang” di negeri itu.

Beliau menyifatkan cubaan Umno menimbulkan rasa tidak puas hati yang didakwa berlaku dalam kalangan Adun apabila gagal menghadiri acara menyokong Shafie itu adalah dangkal kerana ia hanya bertujuan mengelirukan rakyat.

“Ia adalah usaha baik untuk bermain dengan isu. Kami tahu mereka sebenarnya cuba meyakinkan wakil rakyat kami untuk melakukan perkara sama seperti yang berlaku di Kedah atau semasa Langkah Sheraton.

“Tetapi, kekuatan utama kami ialah kekukuhan dalam kalangan pemimpin kami. Jangan terkejut jika Adun mereka yang menyertai kami,” kata bekas timbalan menteri persekutuan itu.

Sementara itu, Wong menasihatkan pembangkang, yang didakwanya terdesak dan kehabisan idea, untuk berhenti membazir masa ke atas “propaganda tidak berguna”.

“Daripada syok sendiri, lebih baik turun padang buat sesuatu yang membina untuk rakyat Sabah.”

Katanya, dalam kerajaan negeri sedia ada, Shafie sentiasa meminta cadangan daripada Adunnya, termasuk wakil rakyat pembangkang.

Bagaimanapun, beliau berkata, keadaan sebaliknya berlaku ketika pemerintahan Barisan Nasional di bawah bekas ketua menteri, Musa Aman.

“Adun menjalani kehidupan tanpa maruah dan pada dasarnya sekadar menuruti perintah dan menjadi robot. Mereka perlu mendiamkan diri dan melakukannya,” kata Wong.


MR :  PH sebelum ni tak bermimpi pun akan jatuh


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Kalau udah bagi statement macam gitu kejap lagi tumbang bahhh. Kau tunggu sa ja. Tatap

    BalasPadam
  2. Setiap kali puak Pakatan Hancing menafikannya, KERA jaan Pakatan Hancing tumbang baham tanah satu demi satu.

    Tepuk.

    BalasPadam
  3. belum adapun sesuatu warisan buat utk sabah.Bantuan covid hanya golongan tertentu saja yg dapat.Yg lain sehingga kini disuruh bersabar dlm proses.Inikah dikatakan lebih baik utk sabah?
    Masa beredar...jika warisan gagal membela rakyat dgn lebih baik...rakyat akan berubah lagi pru 15.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.