Header Ads

ads header

Flash News

Trump akui lebih 100,000 warga Amerika mungkin mati


Donald Trump mengakui bahawa beliau kini percaya lebih 100,000 rakyat Amerika Syarikat (AS) akan mati akibat wabak koronavirus, setelah jumlah kematian melepasi anggaran sebelum ini, tetapi berkata dirinya yakin vaksin akan berjaya dicipta pada akhir tahun ini.

Dalam mesyuarat town hall secara maya selama dua jam yang disiarkan oleh FOX News fokus Trump tertumpu kepada pemulihan ekonomi AS dan menyalahkan penyebaran wabak itu di China, di mana penyakit itu itu dipercayai berasal.

Wabak Covid-19, yang disebabkan oleh koronavirus baru, telah menjangkiti lebih 1.1 juta orang di Amerika Syarikat dan membunuh lebih 67,000 warganya. Sebahagian besar sektor ekonomi, termasuk kebanyakan sekolah dan perniagaan juga ditutup.

"Kita akan kehilangan daripada 75, 80 hingga 100,000 rakyat kita. Ini perkara yang mengerikan," kata Trump, pada Jumaat lalu sambil menambah beliau berharap kurang 100,000 warga Amerika akan mati dan pada awal minggu ini bercakap mengenai 60,000 hingga 70,000 kematian.

Hampir separuh negeri-negeri di AS kini menarik semula perintah sekatan pergerakan memandangkan jumlah kes baru penyakit Covid-19 mulai menurun.

"Kita tidak boleh tutup sebagai sebuah negara (atau) kita tidak akan mempunyai negara," kata Trump.
- Reuters


MR :  Nasib AS dapat pemimpinan macam PH


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan