'Wabak COVID-19 belum ada penawar, datang pula wabak kemaruk kuasa' - Ustaz Kazim
KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias meluahkan rasa kembimbangannya terhadap kemelut politik yang sedang melanda negara kini di sebalik pandemik COVID-19.
Menerusi entri di laman Facebooknya, beliau yang terkenal dengan panggilan Ustaz Kazim menzahirkan rasa sedih dengan apa yang sedang berlaku dalam negara.
"Wabak yang dok ada belum ada penawar, datang pula satu lagi wabak, wabak kemaruk kuasa.
"Yang ini mungkin tiada penawar buat selama-lamanya melainkan kematian," tulis beliau dalam catatan tersebut.
Namun, katanya apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Beliau membayangkan semua ahli politik yang terlibat hanya mementingkan kuasa dari kesejahteraan dan keharmonian negara.
"Ingatkan dalam menghadapi COVID-19 ni kita boleh bersatu tanpa mengira latar belakang politik, fahaman dan sebagainya.
"Rupa-rupanya tidak, orang politik tidak mengenal wabak itu semua. Ada yang lebih penting daripada itu, semak jadinya. Sedih terasa di hati. Apa nak jadi ni?" soalnya.
MR : Rakyat cuba diperbodohkan, malang ada rakyat bodoh mempercayainya
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Begini lah kalau manusia tidak mahu muhasabah Ustaz .
BalasPadamBegitu la manusia yg gila kuasa mereka lupaxlama dah nk masuk dlm tanah
BalasPadamGila kuasa boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan sesiapa sahaja boleh menjadi orang gila kuasa.. Tak kira bangsa, agama dan warna kulit
BalasPadamsetiap kali khutbah Jumaat dtegaskan.....jika kamu berbantah2/berbalah kembalilah pada ALQURAN dn ALHADIS...supaya jadi orang bertaqwa.
BalasPadamCerita apa pulak ni....episod ke berapa dah?
BalasPadamAku serabut sungguh dengan anwar dan mahadhir serta puak puak ph. Tak ada cerita lain, sepatutnys kita semua bersatu lebih lebih lagi atas nama islam dan melayu. Bodoh betul mereka tapi mereka ingat mereka cerdik
BalasPadam