Header Ads

Header ADS

Azmin puji Amirudin, ni nak buat Anwar Berasap


Meskipun tidak lagi berada dalam parti yang sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Azmin Ali hari ini memuji Amiruddin Shari, yang juga Menteri Besar Selangor semasa majlis rasmi di negeri itu.

Azmin, yang merupakan menteri besar Selangor sebelum menyerahkan jawatan itu kepada Amirudin pada tahun 2018 berkata, penggantinya tu kini melakukan tugas dengan baik dalam memimpin kerajaan negeri.

"Saya gembira kerana YAB Amirudin dan pasukannya meneruskan dasar peduli rakyat dan memberikan tumpuan kepada pembangunan negeri dan pertumubuhan ekonomi negeri dan saya rasa perkara seperti ini perlu mendapat dukungan

"Sebab itu kerajaan persekutuan akan terus jalin kerjasama dengan kerajaan negeri Selangor untuk memastikan rakyat disejahterakan dan negeri Selangor terus makmur," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Selangor di Shah Alam.

Ini merupakan mesyuarat rasmi pertama antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri yang melibatkan Azmin dan Amirudin.

Azmin meninggalkan PKR untuk menyertai kerajaan baru Perikatan Nasional (PN) empat bulan lalu.

Sebelum ini, Azmin sering dianggap sebagai mentor kepada Amirudin dalam parti berkenaan.

Amirudin juga merupakan anggota exco Selangor ketika Azmin menjadi menteri besar.

Banyak spekulasi mengatakan Azmin memilih Amirudin bagi menyandang jawatan itu selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya umum ke-14 pada Mei 2018.

Pada Februari lalu, Azmin dan 10 lagi anggota parlimen PKR menyertai Bersatu, yang kemudian membentuk gabungan baru bersama Umno dan PAS.

Ini menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan tumbang.

Bagaimanapun, Selangor kekal sebagai negeri di bawah PH, manakala Amirudin masih bersama PKR dan mengekalkan jawatannya sebagai menteri besar.

Dalam ucapannya semasa mesyuarat itu, Azmin juga menyebut bahawa Amirudin telah menghubunginya malam tadi untuk mengundang beliau hadir dalam perbincangan serta mengucapkan terima kasih kepadanya.

Menjawab soalan lain oleh wartawan petang ini, Azmin berkata pentadbiran negeri Selangor mempunyai pasukan yang kuat di bawah Amirudin.

"Sekarang saya mewakili kerajaan persekutuan, saya harus menjaga semua 14 negeri di Malaysia.

"Tetapi tentunya Selangor sayang kepada saya, sangat dekat dengan hati saya dan saya gembira kerana kami mempunyai pasukan yang kuat di Selangor di bawah pimpinan Datuk Seri Amirudin Shari dan kami harus bekerjasama," katanya ketika ditanya apakah akan ada layanan khusus kepada Selangor memandangkan beliau pernah menerajui negeri ini selama dua penggal.

Sementara itu, Azmin, yang dilantik sebagai pengerusi majlis tindakan pembangunan Selangor pada April lalu, berkata mesyuarat  hari ini menumpukan beberapa projek infrastruktur di negeri ini yang memerlukan perhatian segera.

Beliau juga memberi jaminan bahawa kerajaan pusat tidak akan mengenepikan negeri-negeri yang berada di bawah pembangkang dari segi ekonomi dan pembangunan.

Kata beliau, ini sangat penting terutama ketika negara ini memerangi kesan daripada wabak Covid-19.

"Saya rasa kita mesti mengetepikan politik. Saya rasa inilah masanya kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri mesti bekerjasama untuk mengatasi cabaran yang kita hadapi semasa PKP dan disebabkan oleh Covid-19.

"Sangat penting untuk kita bekerjasama, dan saya rasa seperti yang saya sebutkan sebelumnya, Selangor adalah negeri yang sangat penting bagi kita. Ia telah menyumbang lebih daripada 23 peratus untuk Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), dan kita ingin pastikan tidak akan ada gangguan dari segi pembangunan dan pertumbuhan ekonomi di Selangor. "

Amirudin ketika diminta mengulas mengenai kerjasama dengan kerajaan persekutuan berkata mesyuarat itu adalah bukti bahawa mereka dapat terus bekerjasama secara profesional melangkaui perbezaan politik.

"Saya telah berkali-kali mengatakan bahawa sekarang adalah masa untuk kita fokus. Yang mana yang harus kita fokuskan? Sudah tentu kita harus memberi tumpuan kepada pemulihan ekonomi.

"Dan mengenai perkara-perkara lain, kita harus memikirkan bagaimana dan bila waktunya tiba," katanya.

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Kalau perangai sentiasa nak cuba menyakitkan hati orang ni tak lain tak bukan Azmin Kitollah orangnya.. tak pernah nak berlapang dada.. dia aje yg betul.. sama je perangai dgn mastermind dia Mahathir..

    BalasPadam
  2. Azmin berpolitikkah? Tu ucapan profesional selaku kerajaan. Soal warga emas nak terasa hati tu, dia punya pasal.Memang keadaan warga emas kian uzur dan tak teratur. Tambahan pula apabila meminta-minta jawatan PM, maka mana mungkin ada pertolongan Allah kepada peminta jawatan.Tingkatkan daya kecerdikan anda.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.