Calon perdana menteri PH dah disepakati Kata sumber
Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya yang digelar sebagai 'PH plus' dikatakan mencapai persetujuan bersama berhubung calon perdana menteri mereka.
Hal itu disahkah salah seorang pemimpin Bersatu, Marzuki Yahya, ketika ditemui media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.
Ketika ditanya media sebanyak dua kali mengenai hal itu, Marzuki menjawab: "Ya".
Bagaimanapun menurut kenyataan dikeluarkan PH sejurus selepas pertemuan tertutup itu berakhir menyatakan semua parti mengadakan perbincangan secara menyeluruh mengenai pendirian masing-masing dan menampakkan kemajuan yang amat positif.
"Proses memuktamadkan segala keputusan akan dilakukan dalam masa seminggu ini," kata kenyataan tersebut.
Ia juga menyatakan mesyuarat petang tadi dipengerusikan Presiden PKR, Anwar Ibrahim.
Terdahulu sumber memberitahu pertemuan berkenaan dibuat bagi membolehkan mereka membuat keputusan secara rasmi.
"Kamu boleh jangkakan pengumuman calon PH Plus bagi jawatan PM lewat hari ini," kata satu sumbersila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Jgn kena tipu atok utk kali ke 3.
BalasPadamWajah riang tapi hati atuk gembira sebab tau anon takde peluang jadi pm. Hai anon anon..kalau dah hilang pedoman dan tamak kuasa dah tak nampak tujuan dah. Baik beramal di masjid lagi bagus.
BalasPadamRakyat yang waras tiada masa untuk melayan kerenah bang non dan atuk yang meroyan gila nak jadi pm seperti kisah orang sesat dalam hutan..pusing pusing tempat yang sama...ke hulu ke hilir menjaja cerita yang sama...dua dua dah tidak relevan dalam politik malaysia kecuali kepada pencacai arif muluk yang menganggap dewa suci tapi bagi rakyat keduanya ibarat tahi yang menggangu keselesaan hidup rakyat
BalasPadamAku yakin PH takkan dapat berkuasa kembali kecuali jika Mahathir rela menyerahkan jawatan PM pada Anwar dan yg aku nampak sekarang pun Mahathir hanya berpura2 rapat dgn PH dgn tujuan melengah2kan masa PH agar peluang utk kembali semakin tipis dan utk meredakan kemarahan pemimpin dan penyokong PH. Dan pada masa itu nanti mungkin Mahathir telah ada calon yg dipikirkannya sesuai utk menggantikannya sebagai PM. Tetapi bukan Anwar.. Ini mainan dan kepakaran Mahathir.
BalasPadamBerpusing-pusing dalam hutan yang sama. Kemaruk dan kegilaan yang kian hilang waras dua warga emas. Nak selamat malaysia datipada apa? 22 bulan lalu meresahkan semua makhluk. PM MY elok2 jadi PM dan menjaga kebajikan rakyat, tanpa bising2.
BalasPadamEngkau buat ku pusing macam gasing gasing buatku pusing.
BalasPadamPimai Pimai tang tu jugak.
PH tak boleh pakai.