Header Ads

Header ADS

Dr M ‘permain’ rakyat Sabah untuk halang Anwar, kata Kitingan


PETALING JAYA:
Pemimpin pembangkang Sabah Jeffrey Kitingan menggesa rakyat negeri itu supaya tidak terpedaya dengan cadangan Dr Mahathir Mohamad untuk menamakan Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata, parti Shafie, Warisan bukanlah anggota PH dan hanya menguasai 9 kerusi di Dewan Rakyat dan merupakan penghinaan terhadap presiden Amanah Mohamad Sabu yang partinya mempunyai 11 kerusi serta GPS Sarawak dengan 18 kerusi.

Katanya, Mahathir “mempermainkan” rakyat Sabah dengan mengangkat ketua menteri negeri itu dalam usahanya menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekali gus menghalang harapan presiden PKR Anwar Ibrahim untuk mengambil alih jawatan perdana menteri.

Kitingan berkata, Mahathir merencanakan “muslihat licik” itu untuk mengenakan bekas perdana menteri Najib Razak, selain mengingatkan bahawa gandingan Mahathir-Shafie akan menatijahkan politik balas dendam.

Beliau berkata, cadangan Mahathir itu lebih merupakan pelan pengantian untuk anaknya, Mukhriz.

Bekas perdana menteri itu sebelum ini berkata, Anwar dan Mukhriz akan menjadi timbalan perdana menteri dalam kerajaan Shafie.

Kitingan berkata, langkah Mahathir itu “tidak masuk akal”, dan jelas bertujuan menghukum Anwar kerana tidak bersetuju dengan cadangan pelantikan Mahathir sebagai perdana menteri untuk kali ke-3 sekiranya PH kembali berkuasa.

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Mahadir sekarang ni dah betul gila bukan lagi nyanyo tapi terlebih bodoh nak perbodohkan rakyat Malaysia dia ingat orang tak tahu dia takut Anuar jadi Pm sebap kerena dia Anuar masuk lokap bila Anuar PM pasti dia dan anak-anak nya Ganti masuk Lokap sebab buat tuduhan yang tidak berasas seperti dia nak sumbat Najib tapi Allah maha mengetahui apa yang dia buat selama ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macamana awak kata tuduhan kepada Najib tak berasas? Kenapa Mahathir begitu berani menuduh Najib pencuri secara terang2an? Dan kenapa satu dunia berani mengakui bahawa 1MDB itu memang terdapat salah laku dan penyelewengan wang sehingga ramai yg telah didakwa dan dijatuhkan hukuman? Dan kenapa Najib semasa menjadi PM dan menteri kewangan tak pernah cuba melaporkan dan mengarahkan penyiasatan tentang penyelewengan 1MDB ini malah cuba merahsiakan? 1MDB adalah satu jenayah kewangan terancang baru yg terlalu licik sehingga terlalu sukar utk dibuktikan dan terlalu teknikal kerana ada perkara2 yg berlaku belum pernah ada dalam kawalan undang2 kewangan. AS juga bertindak membuat tawaran utk mendapatkan duit yg telah hilang kerana mereka juga tahu utk membuktikan jenayah ini akan mengambil masa yg terlalu lama dan mungkin juga akan menemui kegagalan. tapi ini bukan kerana Najib tidak bersalah tapi kelicikan jenayah ini yg pasti menyukarkan utk mebuktikan Najib bersalah secara undang2. Ia sama sukarnya bila kita lantik satu syarikat utk melantik satu syarikat melaksanakan satu projek. dan syarikat itu akan mendapat komisyen. Bagaimana kita boleh buktikan bahawa itu adalah komisyen dan bukan rasuah? Atas kertas ditulis komisyen dan asas undang2 pun mengatakan ia komisen. jadi kalau ia dilakukan atas tujuan rasuah maka ia akan tetap disebut komisyen dan undang2 menghalalkannya..

      Padam
  2. Sy sokong awk bakri.. sy pun nak sangat2 yg mahathir keturunan india ni masuk lokap dan semua aset2 berbillion ringgit di rampas semula.. yg sy tak paham skrg ni kenapa undang2 malaysia ni begitu gentar nak heret mahathir laknat ni ke mahkamah.. biar dia rasa pulak mcmana najib rasa..

    BalasPadam
  3. Begitu lah betapa hebatnya dua undividu ini, TM & DSNR jika tanpa melibatkn negara Uncle Sam isu 1MDB sesaolahnya xada kes. Sunggoh pun begitu sebahagian rakyat negara ini sehingga kini belum mendapat keyakinkan bahawa 1MDB satu komplok berkepetingan
    Mengapa...adakah sebahgian rakyat belum boleh menerima atas sifat@ kreateria individu berkenaan tanpak memiliki kejujuran utk membela rakyat....? Juga tiada setakat ini TM membolehkan mana-mana pihak meleraikan bahawa beliau telah melakukan kesalahan..walau pun dikelilingi tomahan pelbagai terhadap beliau. Agak pelek lagi bimana TM sendiri seolah-olah mencabar kebomboktian jika beliau penyeleweng dibawa ke Mahkamah.

    BalasPadam
  4. Anak madey niaga ratusan juta, mana dia dapatkan modal awal haa. Mereka mampu jd jutawan ke, kalau dulu tun madey tak jd pm

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.