Header Ads

Header ADS

DSAI Di Penghujung Karier


Presiden PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak wajar sekadar menjadikan kritikannya terhadap 100 hari pentadbiran kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai rungutan di media sosial semata-mata. Jika beliau pejuang reformasi tulen yang sedia melawan secara anak jantan demi komitmen kepada kebertanggungjawaban dan integriti, sila kemukakan bukti dan laporan kepada pihak berkuasa. Sekiranya tidak, ianya hanyalah 'omong' kosong Anwar yang menagih perhatian seakan penglipur lara hanyut di samudera luas.

Sudah-sudahlah dengan retorik politik yang hanya membuatkan rakyat mual atau mungkin menjadi ketawa sinis mereka. Buruknya jika rakyat yang celik melihat ini sebagai babak drama politikus hingga menghilangkan kepercayaan kepada politik. Perkara dihadapkan adalah serius. Anwar mendakwa wujud cengkaman dan pengaruh politik, membeli dukungan, pecah amanah, ketidaktelusan dan pembelaan terhadap jerung politik. Namun jika sebaliknya, bermakna Anwar telah melontarkan tuduhan dan hasutan. Ia tentunya tidak lain adalah bermotif politik dan kepentingan yang sempit.

Negara kini perlu kestabilan untuk keharmonian hidup rakyat yang majmuk serta memacu pertumbuhan ekonomi dan kemajuan pembangunan, selain mencapai pengiktirafan dan prestij dunia. Oleh itu, hentikan hiruk-pikuk dan momokan politik tiada arah tuju itu sebaliknya gunakanlah pengalaman lampau untuk membantu negara menjadi lebih baik di era COVID-19 ini.

Nasihat saya pada Dato' Seri Anwar, bermuhasabahlah. Lihat kembali kebobrokan dilakukan sepanjang kurang 2 tahun pemerintahan PH yang akhirnya diruntuhkan antaranya akibat keghairahan Dato' Seri sendiri mahukan jawatan Perdana Menteri. Pandanglah wajah kekecewaan rakyat melihat rakusnya PH melakukan perubahan politik dengan mencabul asas-asas negara dan memungkiri janji.

Jangan ditutup walau sebelah mata terhadap banyaknya kesangsian dan skandal melibatkan keraguan terhadap pemimpin PH dalam salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah. Bukankah ini 'deafening silence' paling nyata? Bahkan PH meletakkan individu tidak sepatutnya di jawatan-jawatan penting agensi penguatkuasaan dan pelaksanaan itulah sebenar-benarnya 'scheme of things' seperti yang Dato' Seri dakwa.

Tidak perlu Dato' Seri mencalarkan dan mempertikai wibawa jentera perkhidmatan awam dengan skeptikal kebocoran dan ketirisan. Lihat kembali angka besar kononnya hutang negara yang dijaja, malangnya satu persatu harta negara dijual gadai sepanjang koalisi Dato' Seri bersama PH berkuasa. Akuilah, zaman Dato' Seri sedang menghampiri penghujungnya.

Dr Ismadi Abd Samad
Facebook

MR :  Setuju


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


17 ulasan:

  1. We Love Tan Sri Muhyidin Yassin the most charasmatic, cool, capable and caing PM.

    BalasPadam
  2. Bukan penghujung tetapi dah tamat

    BalasPadam
  3. Asas² negara Malaysia yg dicabul zaman ph memerintah dlm tempoh yg singkat. Islam,Raja² Melayu,tentera, bendera ,dll.

    BalasPadam
  4. jgn pula lupa pm sekarang pun bekas menteri ph

    BalasPadam
  5. Sudahlah tu Anuar sepatutnya ko salahkan Mahadir bukan kerjaan PN fikir apa yang berlaku sebelum ini dan apa yang Mahadir janjikan pada awak

    BalasPadam
  6. Sirah Nabi S.A.W, apabila Umar seorang yang pembengis memeluk islam, Nabi tidak pernah mengungkit kesalahan Umar.Itu akhlak Islam.
    Dahulu Pm MY duk dalam kumpulan PH dan banyak tak betul tapi kini mengetuai kerajaan PN, maka tidak perlu kita mengungkit sejarah lama. PM MY telah berjaya menunaikan amanah negara.Semoga Allah memudahkan tugas PM Abah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni lagi sorang. asal nak backup guna agama. Akhlak Islam pun tak pernah ajar pembantu khianat kat ketua. Tak pernah aku dgr sebengis2 Umar tu khianat kat Nabi. Kalau agong perkenan sekalipun itu bukan tiket utk menghalalkan khianat. Sepatutnya kalau Agong perkenan dia boleh je terus nasihat Agong yg dia tak boleh nak terima sbb itu pengkhinatan. tu pun salah satu akhlak Islam..

      semua kerajaan tak sempurna. Lepas tu rata2 baru dalam pentadbiran dan pemerintahan pusat. Kerajaan PH yg byk musuh dalam selimut. Kebanyakan menteri2 PH mase tu macam Azmin tak buat keje sbb nak sabotaj kerajaan PH. Pegawai2 kerajaan pun ramai yg sabotaj. Benda yg takde isu dijadikan isu. Sbb tu kita tgk byk kelemahan. Baru 22 bulan dah dihukum dan dihumban. Anak muda masuk u pun kena hadap 4-5 tahun baru dapat ijazah. Tu belum lagi pengalaman keje.

      Padam
    2. Bagus dan menarik komen tuan,,

      Padam
    3. Satu komen dari macai yang buta sejarah..asal tak setuju pada ketua panggil khianat,jika analogi itu kamu gunakan.. puak panpinpon kamu yang tak setuju berketuakan tghh itu tak khianat kah?..ditolak ahli kemudian tubuh panpinpon dengan sokongan dogpig kafir tak khianatkah? kamu tarik mp BN masa bentuk PH dulu tak khianatkah?...Siti Aisyah dan Muawiyah berperang dengan Ali kira khianatlah?...22 bulan tak cukup masa kononnya...Pakatan Hancing kamu telah silap langkah dari awal serta mulakan pengkhianatan dengan membohongi rakyat dengan amanat manifesto bukan kitab suci,puak puak pkr pula hari hari meratib supaya kartel Azmin dipecat..bila member keluar parti kamu kata khianat...kesimpulannya ialah pakatan hancing tiada kebolehan serta kemampuan untuk mengurus negara..yang kamu tahu hanya kencing rakyat dengan thomahan pembohongan rasuah kepada musuh politik dan bila kartel pakatan hancing terlibat pandai pula kamu spin...puak puak pakatan hancing patut digelar pakatan gila isim pm,kerana tak habis habis dengan jawatan pm sejak dari pru 14

      Padam
    4. btul la org ckp...kalau xbodoh xboleh jd macai phancing...hahaha

      Padam
    5. MCA dh iktiraf UEC tau MCA brapa kerat jer tpi LEBAI2 pon senyap ape citer cuba tgk pintu2 masok negara ikut laut smua MCA punya org.. itu makna nya kerajaan skang langsong xleh pakai sbb sblm ni bkn main lgi main isu perkauman tpi bila dh dpt jdi kerajaan leboh smua yg sokong pon bangang.. Main sokong jer.. Klu nk sokong tu blh tpi jgn terlampau taksub smpai kesalahan dpn mata pon dibela.. Yg salah kita ckp salah yg betul tu betul la.. Isu perkauman sekarang terus xde sbb apa? Sbb dh dpt jdi kerajaan dh dpt jawatan tu yg ramai jdi menteri tim.menteri port folio yg sama pon blh dipecah2 supaya mereka2 ni dpt jawatan.. Pastu kroni2 masok kan dlm GLC yg mne xdpt jawatan menteri pon blh boh dlm GLC.. brapa byk lagi nk habiskan duit rakyat tu.. Perbelanjaan menteri2 tim.2 menteri smua tu yg terbesar dlm sejarah negara.. Tpi ape keje pon xleh bt.. Tu yg puak2 penyokong dia suka tu.. Lantak la depa nk bt apa jnji masyukkk rm500 sbln duit kwsp sndiri.. Ape punya baghal la hangpa ni..

      Padam
  7. Lubang dah siap gali tunggu masa je nak uusung hahaha..

    BalasPadam
  8. Di manakah dia semasa Raja Permaisuri Agong di hina dalam Twitter?
    Kriik krik krik.

    Dimanakah dia ketika tulisan Jawi di kaitkan dengan pornografi?
    Kriik krik krik.

    Di manakah dia apabila menteri kewangan mula mengeluarkan kenyataan rasmi dalam bahasa cina?
    Kriik krik krik.

    Dimanakah dia apabila budak-budak sekolah bergelimpangan akibat sisa toksik di Pasir Gudang?
    Kriik krik krik.

    Dimanakah dia apabila Raja raja Melayu dan kedudukan Islam diancam oleh ICERD dan Statute Rome?
    Kriik krik krik


    Tiba tiba sahaja muncul cakap pasal ketidaktelusan, corruption, salah guna kuasa.

    Ei pigi dah!




    BalasPadam
  9. Jangan lupa Langkah Port Klang, Langkah Kajang, Langkah Port Dickson dan nanti Langkah Rawang.
    Betapa penyandang mereka jadi korban (dan mungkin diberi rasuah utk kosongkan kerusi) hanya utk bagi laluan Dato Seri Anwar Ibrahim kononnya dia sahaja yang layak jadi Menteri Besar atau PM.
    Manusia jenis apakah ini? Kepimpinan jenis apakah ini?
    Membuang masa, duit dan tenaga.

    BalasPadam
  10. Asal bukan ph jadi kerajaan.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.