Header Ads

Header ADS

Hannah Yeoh terjah kedaulatan raja-raja, DAP perlu belajar


Bekas peguam kanan persekutuan, Mahamad Naser Disa menyifatkan ciapan pemimpin DAP, Hannah Yeoh berhubung isu perkahwinan bawah umur sebagai satu usaha “terjahan” kepada kedaulatan raja-raja sebagai ketua negeri.

Kata Naser yang juga adalah bekas ketua pegawai eksekutif Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (Iksim), hal ehwal kekeluargaan Islam termasuk isu perkahwinan bawah umur adalah bidang kuasa negeri.

Justeru, sebarang usaha kerajaan Persekutuan untuk meminda had usia perkahwinan khususnya membabitkan umat Islam perlu mendapat perkenan sultan selaku ketua agama bagi negeri.

"Perlembagaan Persekutuan menerusi jadual kesembilan menetapkan bidang kuasa negeri dalam hal kekeluargaan Islam.

"Kuasa negeri berkaitan hal ehwal Islam tertumpu kepada majlis agama Islam negeri dan tuanku sultan sebagai ketua Agama.

"Apa yang Hannah Yeoh cuba buat menerusi 'tweetnya' adalah satu terjahan kepada kedaulatan raja-raja sebagai ketua negeri. DAP perlu belajar hal ini," katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

Pihak polis menyiasat Yeoh yang juga bekas bekas timbalan menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu - berhubung ciapan Twitternya pada 9 Mac lalu mengenai status Pelan Strategi Kebangsaan Bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur di bawah kementerian berkenaan.

Melalui ciapan asal itu Yeoh menanda Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sekarang, Siti Zailah Mohd Yusoff dari PAS.

Siti Zailah yang juga anggota Parlimen Rantau Panjang sebelum ini dilaporkan mempertahankan perkahwinan bawah umur atas alasan ia dibenarkan Islam.

Yeoh disiasat mengikut peruntukan Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia.

Sementara itu bekas menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dr Wan Azizah Wan Ismail turut membela Yeoh.

Kata Wan Azizah pada 16 Januari lalu kerajaan Pakatan Harapan melancarkan Pelan Strategik Kebangsaan komprehensif untuk menangani masalah perkahwinan bawah umur.

Dalam pada itu, Naser yang juga pofessor undang-undang Perlembagaan di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mendakwa banyak negeri menolak usaha kerajaan Pakatan Harapan (PH) meminda had usia perkahwinan khsusunya membabitkan umat Islam.

"Banyak negeri yang tak bersetuju dengan agenda Wan Azizah menaikkan had umur perkahwinan kanak-kanak Islam kepada 18 tahun.

"Bahkan ada negeri kalau boleh mahu ia diturunkan lagi, bagi membolehkan masalah sosial seperti penzinaan, pembuangan dapat dikawal," katanya.

Jelasnya, jika pindaan had usia perkahwinan itu hanya membabitkan bukan Islam ia boleh dilakukan kerajaan pusat.

Bahkan katanya, isu perkahwinan bawah umur dalam kalangan umat Islam di negara ini adalah perkara terpencil yang jarang-jarang berlaku.

MR :  DAP ni biadap dengan Islam.. fullstop


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Dahulu di Pasir Salak, JWW Birch campur tangan dalam urusan hal ehwal agama. Kena bunuh tika sedang mandi. Hannah Yeoh bakal mengalami nasib yang sama.

    BalasPadam
  2. Memang BIADAP DAP-yg hairan melayu PH sokong ,.buta perut..

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.