Header Ads

ads header

Flash News

Jakim terus pantau kiriman atas talian hina Islam, Rasullullah


LABUAN, 22 Jun —
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan terus memantau sebarang kiriman dalam talian yang didapati menghina Islam dan Nabi Muhammad, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary.

Beliau berkata terdapat beberapa  kes berkaitan kiriman dalam pelbagai platform media sosial yang dihadapkan ke muka pengadilan  dan ini menunjukkan keseriusan Jakim dalam menangani isu ini.

“Malaysia ialah negara yang penduduk majoritinya beragama Islam dan ajaran Islam perlu dihormati  di semua platform.

“Jakim menerusi unit pemantauannya  peka terhadap kiriman dalam talian yang menghina Islam  dan Nabi Muhammad kami menganggap ini sebagai satu kesalahan serius yang tidak sepatutnya dilakukan oleh mana-mana individu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selapas satu dialog awam bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) di Kompleks Darul Kifayah di sini hari ini.

Ahmad Marzuk berkata adalah penting untuk mengekalkan perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang agama di dalam negara ini.

“Fenomena (kiriman yang menghina agama) di dalam negara ini masih berleluasa malah sebelum kami (Perikatan Nasional) mengambil alih kerajaan.

Kebebasan (dalam kiriman di media sosial) yang diberikan kerajaan tidak sepatutnya disalah guna sehingga menyinggung dan menghina agama lain yang mungkin menimbulkan ketegangan agama dan kaum,” katanya.

“Jakim akan terus bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menangani kiriman dalam talian yang berbentuk provokasi dan menghina agama,” katanya. — Bernama

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan