Header Ads

ads header

Flash News

Kawalan ketat mesyuarat MPT Bersatu elak sabotaj?


KUALA LUMPUR – Kawalan luar biasa macam zon perang!

Itu suasana sekitar Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) di sini yang menjadi lokasi mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) petang ini.

Ia gara-gara dakwaan akan berlaku sabotaj semasa mesyuarat MPT itu berlangsung malah ia diawalkan kira-kira pukul 6 petang walaupun pada awalnya dijadualkan pukul 8 malam ini.

Difahamkan ia bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

WhatsApp-Image-2020-06-04-at-7
Unit Tempur Ringan PDRM kelihatan memasuki Jalan Susur Damansara bagi
membantu mengawal keadaan sepenjang mesyuarat MKT Bersatu
di Rumah Kelab PAUM Persatuan Alumni UM petang tadi.

Tinjauan mendapati kawasan Rumah Kelab PAUM dikawal ketat oleh pihak polis dan Rela malah kenderaan Unit Tempur Ringan PDRM juga dilihat memasuki kawasan berkenaan bagi membantu mengawal keadaan.

Kira-kira 10 anggota keselamatan dan dua kereta peronda polis membuat kawalan di hadapan Rumah Kelab PAUM.

Bagaimanapun setakat pukul 7 malam tidak ada sebarang kejadian tidak diingini dilaporkan.- MalaysiaGazette

MR :  Atok nak hadir mana tahu


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan