Kerja DAP dan PH nak salahkan orang tak pernah toleh diri sendiri atas kejatuhan PH
Saya malah nak ulas panjang, tapi hakikatnya tak pernah jumpa lagi mana-mana pemimpin PH yang insaf koreksi diri dan meminta maaf kepada rakyat atas kejatuhan PH. Yang ada semua salah orang lain termasuk Najib.
Banyak apa MalaysiaGazatte tulis yang semuanya salah orang lain bila keluar drp mulut pemimpin PH.
-----------
Kerajaan PH tumbang kerana parti komponen “keliru” selama empat hari
Orang ramai turut berkumpul untuk mengetahui perkembangan terkini mesyuarat tergempar pemimpin di Hotel Sheraton, Petaling Jaya. foto AFIQ RAZALI, 23 FEBRUARI 2020.
PULAU PINANG – Perjumpaan Sheraton pada Februari telah menyebabkan parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH) keliru selama empat hari dan gagal bertindak balas terhadap keadaan politik masa itu.
Kegagalan bertindak secara efektif dalam empat hari yang sangat penting itu termasuk tidak dapat mengenal pasti kedudukan Tun Dr. Mahathir Mohamad seterusnya menyebabkan kerajaan PH ditumbangkan.
Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong berkata, majlis makan Sheraton merupakan rancangan politik yang sudah dirancang lama dan apabila perjumpaan itu mengambil tempat, pemimpin PH hanya mampu tergamam kerana tidak dapat menguasai apa yang sedang berlaku.
“Kegagalan kami adalah berpunca daripada serangan trojan apabila Ketua Setiausaha Sekretariat PH masa itu, Datuk Saifuddin Abdullah berpaling tadah dan menyebabkan komunikasi antara parti-parti komponen terganggu.
“Selama ini, komunikasi antara parti banyak dijalankan melalui sekretariat dan kami tidak sangka Saifuddin juga adalah trojan,” katanya dalam wawancara bersama Kwong Wah Yit Poh.
Chin Tong berkata, beliau juga dimaklumkan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memohon cuti untuk ke luar negara selepas menyerahkan satu laporan mengenai pilihan raya kecil di Tanjung Piai di Johor.
“Dalam tempoh dua bulan Muhyiddin berada di luar negara, kami diberitahu terdapat satu mesyuarat di London dan beliau dikatakan berubah fikiran selepas mesyuarat itu dan akhirnya bertukar haluan,” katanya.
Menurut Chin Tong, Datuk Mohamed Azmin Ali telah membawa diri sebagai golongan yang mempertahankan Dr. Mahathir daripada didesak melepaskan jawatan.
“Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya ada memberi amaran bahawa partinya akan membuat keputusan yang tidak berpihak kepada PH jika Dr. Mahathir terus didesak.
“Anwar juga bertindak dengan segera dan bertolak ansur dalam soal jawatan Perdana Menteri,” katanya.
Ujarnya, tindakan Anwar itu bagaimanapun tidak memberi kesan apabila perjumpaan Sheraton diadakan pada 23 Februari.
Katanya, rentak rampasan kuasa itu terlalu cepat dan sempurna sehingga di luar jangkaan PH, malahan menyebabkan PH tidak dapat bertindak balas kerana kekeliruan selama empat hari.
“Pada masa itu, kami tidak tahu pendirian Dr. Mahathir atau Muhyiddin. Ramai yang beranggapan bahawa Dr. Mahathir berada di kem bertentangan.
“Hanya selepas Anwar, Lim Guan Eng, Mohamad Sabu dan Wan Azizah berjumpa dengan Mahathir, barulah kami sedar bahawa Dr. Mahathir telah didesak oleh pihak lawan,” katanya.
Chin Tong berpendapat Dr. Mahathir tersilap langkah apabila mencadangkan kerajaan perpaduan dibentuk.
Katanya, Guan Eng pernah mengajak Dr. Mahathir menghadiri mesyuarat PH bagi melakukan perbincangan.
“Dr. Mahathir bagaimanapun tidak mahu hadir dan PH akhirnya bertukar untuk menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri,” katanya.
Chin Tong berpendapat, masing-masing Anwar dan Dr. Mahathir telah dimanipulasi dan akhirnya dijatuhkan oleh trojan.
“Mohamed Azmin telah bercanggah dengan Anwar dalam PKR dan beliau asyik mengapi-apikan Dr. Mahathir.
“Terdapat juga orang yang rapat dengan Dr. Mahathir tidak mahu beliau bekerjasama dengan Anwar dan ada juga trojan daripada UMNO yang berjaya meresap masuk ke dalam Bersatu,” katanya. – MalaysiaGazette
MR : Tunggu rakyat akan ajar orang yang ego
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tak la pandai sangat si Chin Tong ni. Kena tipu dgn Mahathir jugak
BalasPadammelayu DAP/PanKHIANAT letaklah calon di CINI utk patform Kembali Mandat rakyat.jangan bagi alasan covid kerana menYALAK BUAT sidang parlimen 14 hari tanpa risau covid.khalid samad dn sekutunya BONGKAK BILA Kimanis dn Tjg Piai tumbang bukan kayu ukur Ph dtolak rakyat...akhirnya P unah H ARAPAN AKIBAT tangan2 mereka sendiri....hilang TELOR dan jatuh Kemaluan rupanya GEGAK GEMPITA DUNIA kami ada NOMBOR EKOR/KEPALA utk MERAMPAS BALIK.
BalasPadamTIDAK BERTANDING JANGAN MENYALAK SALAHKAN NAJIB/PIHAK LAIN PULA.
BalasPadamPH jgn menyalaklah rakyat dah x cahya dengn pemimpin ph. Kalau berani masuk tanding di DUN Chinilah samaada orang terima ph atau tolak... Jgn sembang banyak beri alasan bodoh kat rakyat ada faham.....
BalasPadamKasi tunjuk keluar pakatan harapan ini... Tak boleh pakai langsung... Pakatan harapan sesuai jdi pembangkang bukan jdi kerajaan...
PadamTelor DAPh dah kecut.
BalasPadamCina parti BiaD4P ni memang rasis
BalasPadamMereka fikir mereka lagi pandai buat kerja dari org Melayu. Memerintah 22 bulan, tonggang terbalik negara ni.
ye babab tonggang tu memang betul, duk tonggang arak, sampai bunuh orang tak salah.
BalasPadamUpdate terkini tentang SURAT LGE KEPADA BEKAS BOSS MACC SUKRI ABDUL YANG MENANGIS BAGAI NAK RAK DALAM SIDANG MEDIA..
BalasPadamhttps://mykmu.net/2020/06/08/kunun-hanya-rujukan-tommy-guan-eng-kantoi-jual-nama-pm7-dalam-surat-kepada-sprm/
Ada Komen dalam bahasa Melayu berkenaan dengan tulisan tangan dalam bahasa English kat situ.. siap bagi Sekali ni ye
Tapi surat ini jelas ditulis “please lift the freeze as requested by YAB PM”?
Ini bukan lagi rujukkan tapi dah macam arahan dah.
PM7 dan Menteri Kewayangan PH ada campur tangan dalam urusan pejabat peguam negara dan SPRM ke?
PH mampus atas izin Allah.
BalasPadam