Header Ads

ads header

Flash News

Muslimat PAS kunjung hormat EXCO Wanita Johor


JOHOR BAHRU
: Dewan Muslimat PAS Negeri Johor telah mengadakan kunjung hormat kepada EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Zaiton Ismail.

Pertemuan berlangsung di Pejabat EXCO Kerajaan Negeri Johor, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, di sini semalam.

Delegasi dipimpin Ketua Muslimat PAS Johor, Ustazah Fatimah Ismail itu dalam rangka mengeratkan hubungan dan kerjasama kedua pihak.

Lawatan tersebut juga sebagai tanda penghormatan dan sokongan kepada kepimpinan Perikatan Nasional di Johor yang membentuk kerajaan baharu awal Mac lalu.

Menurut Ustazah Fatimah, pertemuan ini juga akan dimanfaatkan untuk membina dan mengeratkan ukhuwah antara Wanita Umno dan Muslimat PAS dalam merealisasikan Muafakat Nasional.

Beliau berharap kerjasama yang terjalin memberi kelebihan dan kebaikan kepada kedua pihak khususnya serta negeri Johor amnya.

Pertemuan selama 2 jam ini juga berlangsung penuh harmoni dengan cadangan daripada Muslimat PAS mengenai agenda-agenda untuk kemaslahatan bersama.

Hadir sama Timbalan dan Naib Ketua Muslimat PAS Johor, Normala Sudirman dan Sabariah Mohd Amin serta Ahli Jawatankuasa Harian Muslimat PAS Johor. – HARAKAHDAILY 16/6/2020

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan