Header Ads

ads header

Flash News

NUTP gesa Putrajaya kekalkan cuti sekolah dalam kalendar akademik asal

PETALING JAYA: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) menggesa Putrajaya mengekalkan kalendar akademik asal tahun ini, bukannya memendekkan cuti akhir tahun kepada hanya 2 minggu.

Setiausaha Agungnya, Harry Tan berkata guru meneruskan pembelajaran secara atas talian sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) dan pelajar akan terlalu bosan jika sesi persekolahan dilanjutkan.

“Hujung tahun merupakan musim banjir dan keadaan itu tidak sesuai untuk sesi persekolahan, selain terdapat sekolah yang akan dijadikan pusat pemindahan banjir.

“Guru-guru telah membuat perancangan awal untuk bercuti dan pulang ke kampung halaman, termasuklah guru yang berkhidmat di Sabah, Sarawak dan kawasan pedalaman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menggesa Menteri Pendidikan, Mohd Radzi Jidin mempertimbangkan rayuan NUTP dan membatalkan pindaan terhadap kalendar akademik 2020.

Semalam, Kementerian Pendidikan mengumumkan cuti pertengahan penggal 2 dikurangkan daripada 9 hari kepada 5 hari bagi semua sekolah.

Cuti akhir tahun bagi sekolah Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) dikurangkan daripada 42 hari kepada 14 hari, manakala kumpulan B (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) dikurangkan daripada 41 hari kepada 13 hari.

Katanya, pindaan itu bertujuan membantu sekolah membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran pelajar kerana selepas sekolah sudah ditutup lebih 3 bulan.

Susulan itu, bekas menteri pendidikan, Maszlee Malik mempersoalkan Kementerian Pendidikan kenapa tidak berbincang dengan guru sebelum membuat keputusan itu dan beliau dihujani luahan guru melalui mesej peribadi dan media sosial yang tidak berpuas hati dengan pindaan berkenaan.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan