Header Ads

ads header

Flash News

Pemilik premis dinasihat tidak guna pengimbas suhu 'cap ayam'


PUTRAJAYA
: Pemilik premis dinasihatkan membeli pengimbas suhu yang diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memastikan bacaan suhu pelanggan lebih tepat.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sekiranya pelanggan berasa tidak puas hati dengan bacaan suhu di mana-mana premis, mereka boleh membuat aduan kepada pihak berkaitan.
“Pengusaha atau pemilik premis mesti membeli pengimbas suhu yang diluluskan oleh KKM. Jadi, mereka tidak boleh beli sembarangan, elok beli di farmasi, bukan di pasar malam dan sebagainya. Itu sebab berlaku perkara ini (bacaan tidak begitu tepat).

“Kalau mereka dah beli, mereka perlu perhatikan dari segi ketepatan bacaan untuk periksa suhu. Kalau mereka nampak ada masalah, mereka perlu hantar pengimbas itu untuk dikalibrasi.
“Begitupun, KKM dan polis tidaklah akan memantau dan periksa pengimbas suhu di premis kerana bukan kepakaran polis untuk periksa ketepatan itu,” katanya dalam sidang media harian di sini pada Isnin.

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan