Header Ads

ads header

Flash News

Pemimpin Warisan Peter Anthony beri keterangan kepada SPRM


KOTA KINABALU:
Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Peter Anthony ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini untuk memberi keterangan, dipercayai berhubung perjanjian pembelian tanah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda).

Anthony yang juga naib presiden Warisan, tiba di pejabat SPRM di bangunan pentadbiran persekutuan di sini pada 10.20 pagi tadi.

Sekumpulan penyokongnya dan pemimpin parti, termasuk Ahli Parlimen Sepanggar, Azis Jamman serta Adun Kuamut, Masiung Banah turut berada di sana.

Ketika ditanya kenapa beliau ke pejabat SPRM, Anthony hanya berkata semuanya baik-baik saja.

Anthony ditahan SPRM pada Januari 2018 untuk membantu siasatan ke atas perjanjian pembelian tanah minyak sawit bernilai RM155 juta di daerah Tongod, Sabah.

Beliau antara pemimpin Warisan yang ditahan agensi anti-rasuah itu bagi membantu siasatan ke atas dakwaan penyelewengan dana berjumlah RM1.5 bilion untuk projek pembangunan luar bandar pada 2017.

Presiden Warisan, Shafie Apdal, yang turut ditahan untuk membantu siasatan itu, kemudiannya dibebaskan.

Anthony dibebaskan dengan jaminan dalam kedua-dua kejadian itu.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan