Header Ads

ads header

Flash News

Pengecualian caj RM1 di mesin ATM kekal


PUTRAJAYA, 1 Jun
— Pengecualian caj RM1 di semua mesin juruwang automatik (ATM) bagi pengeluaran wang mesin MEPS masih dikekalkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dijadualkan berakhir pada 9 Jun ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata setakat ini, tiada perbincangan dan permohonan dibuat dengan pihak bank bagi mengubah pelaksanaan itu yang berkuat kuasa pada 6 April lepas.

“Tiada perubahan untuk bayaran RM1 bagi pengeluaran di mesin ATM, jadi kita masih boleh nikmati faedah diberikan itu setakat hari ini,” katanya pada sidang media harian di sini hari ini.

Kerajaan sebelum ini memutuskan bahawa semua institusi perbankan dan PayNet mengecualikan caj RM1 bagi pengeluaran wang antara bank di ATM yang menggunakan rangkaian Malaysian Electronic Payment System Sdn Bhd (MEPS) bagi mengelak kesesakan di kaunter bank.

Ditanya mengenai operasi kedai gunting rambut serta perkhidmatan gunting rambut di rumah pelanggan, Ismail Sabri menegaskan bahawa ia tidak dibenarkan sama sekali kerana tersenarai dalam perkara yang dilarang sepanjang PKPB.

Beliau berkata prosedur operasi standard (SOP) mengenai perkhidmatan itu belum dibentangkan pada mesyuarat jawatankuasa khas menteri mengenai PKPB.

“SOP sedang disediakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersama Kementerian Kesihatan (KKM). Kita tunggu pembentangan SOP, selepas itu baru boleh buat keputusan mengenai operasi kedai gunting rambut,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata tiada pengecualian pematuhan SOP yang dikeluarkan MKN terhadap mana-mana pengusaha restoran sama ada terkenal atau tidak.

Beliau menegaskan bahawa semua pengusaha restoran mesti mematuhi SOP antaranya memeriksa suhu badan pekerja dan pelanggan, mewajibkan pelanggan mengisi nama penuh dan nombor telefon serta beroperasi dari 7 pagi hingga 10 malam.

“Esok saya akan ada mesyuarat dan saya akan maklumkan kepada polis serta pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk ambil tindakan segera terhadap mana-mana pengusaha restoran yang ingkar dari segi pematuhan SOP,” katanya.

Baru-baru ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan sebagai berkata saman maksimum sebanyak RM1,000 boleh dikenakan terhadap pengusaha restoran yang tidak mematuhi SOP.

Katanya perbuatan melanggar SOP yang dikeluarkan MKN itu tertakluk bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). — Bernama


MR :  Ini sengat disetujui, ini kira perkhidmatan kita simpan dibank, nak cekik kita lagi


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan