Header Ads

Header ADS

PKR wajib singkirkan DAP, Amanah kerana khianati Anwar kata Adun PKR


Adun Sungai Acheh dari PKR, Zulkifli Ibrahim berkata tindakan Amanah dan DAP menolak pencalonan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri merupakan suatu pengkhianatan kepada parti itu.

Dalam satu kenyataan di Facebook, Zulkifli yang dispekulasi akan meninggalkan PKR, menggesa parti itu agar keluar dari kerajaan negeri Pulau Pinang yang dipimpin DAP.

Malah beliau turut menggesa Adun Amanah dan DAP disingkirkan dari kerajaan Selangor dan Negeri Sembilan setelah kedua-dua parti itu  'mengkhianati' Anwar Ibrahim.

"Sebagai sebuah parti yang berprinsip, Keadilan (PKR) harus ambil pendirian tegas dan mengecam komponen PH yang seolah-oleh seperti kacang lupakan kulit.

"Saya berpandangan, atas dasar prinsip dan idealisme perjuangan, wajiblah Keadilan di Pulau Pinang untuk segera ambil ketetapan dengan keluar dan menarik sokongan ke atas Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana keengganan DAP dan Amanah untuk mengangkat Presiden Keadilan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.

"Bukan itu sahaja di Selangor dan N.Sembilan PKR harus keluarkan Adun DAP dan Amanah dari kerajaan Negeri kerana ia mengkhianati matlamat PKR untuk menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim (sebagai PM)," jelasnya.

MR :  Makin retak, makin nak terbelah


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Kerana rakus dan nafsu sanggup ambil risiko bergabung dengan dap dan puak2 madey. Jangan harap berkawan dengan ular, sendiri tak kena patok. Masalahnya rakyat yang menderita.

    BalasPadam
  2. Tun M ada duit. Nuar takde. Inilah baru Cash is King.

    BalasPadam
  3. Eloklah PKR kuar PH, sokong PN mana tau Anwar jd TPM! hehehe...

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.