Header Ads

ads header

Flash News

PRK Chini: Kem Mahathir juga tak letak calon


Kem pengerusi Bersatu yang dipertikaikan jawatannya, Dr Mahathir Mohamad tidak akan meletakkan calon pada pilihan raya kecil PRK Dun Chini yang bakal diadakan 4 Julai nanti.

Keputusan itu diambil selepas PKR mengumumkan untuk tidak bertanding di kerusi itu yang dimenangi BN pada pilihan raya umum (PRU) lalu.

Setiausaha Politik kepada Mahathir, Abu Bakar Yahya, berkata Dun Chini adalah kerusi yang ditandingi PKR mewakili Pakatan Harapan (PH).

"Tak adalah (tak letak calon), kerusi itu kuota PKR," katanya hari ini.

Ditanya sama ada kem bekas perdana menteri itu ada membincangkan untuk meletak calon bertanding, Abu Bakar secara ringkas berkata: "Setakat ini tidak ada (sebarang perbincangan)," katanya lagi.

Pada 6 Jun lalu, PKR mengumumkan bahawa parti itu tidak akan meletakkan calon bagi PRK di dewan undangan negeri Chini.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil memberitahu bahawa ia juga bermakna Pakatan Harapan (PH) tidak akan meletakkan calon.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, partinya membuat keputusan itu selepas mengambil kira masalah Covid-19 yang masih belum ditangani sepenuhnya dalam negara.

Selaras dengan keputusan PKR itu, Pengerusi BN Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail berharap agar BN diberi kemenangan percuma di situ tanpa ada mana-mana parti lain meletakkan calon termasuk Bebas.

Wan Rosdy yang juga menteri besar Pahang berkata ia selaras dengan pendirian Mahathir bahawa pilihan raya tidak sesuai diadakan ketika ini meskipun merujuk dalam konteks persekutuan.

Malah katanya, jika PRK Chini tidak diadakan ia boleh menjimatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM4.3 juta.

PRK Dun Chini diadakan susulan kematian penyandangnya Allahyarham Abu Bakar Harun pada 6 Mei lalu.

Allahyarham berjaya mempertahankan kerusi itu selama empat penggal bermula PRU ke-11.

Pada PRU ke-14 lalu, Allahyarham yang mesra dipanggil "Datuk Burn" atau Ayah Nga dalam kalangan penduduk memenangi kerusi itu dalam pertandingan tiga penjuru dengan majoriti besar, 4,622 undi.

Allahyarham meraih 10,027 undi berbanding calon PAS ketika itu, memperolehi 5,405 undi dan calon dari PKR hilang wang pertaruhan apabila hanya mendapat 1,065 undi.

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Kan kata nak mandat rakyat..letak lah calon. Kalau ph tak letak calon bererti ph takde mandat rakyat betul tak arif muluk?

    BalasPadam
  2. Kata kerajaan pintu belakang. Kata kerajaan Agong.
    Kata Agong takde kuasa pilih, rakyat yang patut pilih. Tapi tak mahu letak calon.
    Dah kalah 5 PRK tapi cakap besar.
    Buat gempak aje. Habuk pun takdak.
    Pilah masuk kandang lembu.

    BalasPadam
  3. BILA TELOR HILANG DAN JATUH KEMALUAN..GEGAK GEMPITA DUNIA KAMI SUDAH DAPAT NOMBOR EKOR KEPALA UTK BERKUASA SEMULA....MUNAFIK BERTERUSAN.

    BalasPadam
  4. Khabar angin mulanya ARIFF MULUK/FUZIAH SALEH/RAFIZI RAMLI/DR ZUL DAN KHALID SAMAD di calonkan bertanding CINI. DAPIG yg angkuh tu sonyap....ada BERANI BERTANDINGLAH PINTU DEPAN YANG TERBUKA

    BalasPadam