Header Ads

Header ADS

SPRM tahan pemimpin Pemuda PPBM berhubung kehilangan wang Syed Saddiq


KUALA LUMPUR:
Seorang pemimpin Pemuda PPBM ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan wang bekas menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Penahanan berkenaan disahkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Ahmad Khusairi Yahaya.

Beliau berkata suspek ditahan petang semalam selepas memberi keterangan di ibu pejabat SPRM berhubung kes berkenaan.

“SPRM menolak sekeras-kerasnya tangkapan terhadap suspek disebabkan motif politik dan dalam kes ini, SPRM mengesyaki berlakunya penyelewengan dalam akaun Armada.

“Oleh itu, siasatan diteruskan menerusi tangkapan ke atas suspek manakala suspek direman selama 5 hari bermula hari ini sehingga Ahad ini (7 Jun 2020),” katanya kepada Bernama, hari ini.

Ahmad Khusairi berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 117, Kanun Acara Jenayah.

“Saya menggesa masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi dan mempolitikkan tangkapan ini dan ia bertujuan untuk menjalankan siasatan ke atas kes yang sedang SPRM laksanakan,” katanya.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan kehilangan wang lebih RM200,000 dari kediaman Syed Saddiq, susulan itu SPRM membuka kertas siasatan menyiasat kes itu pada Mac lepas.


MR :  Nampaknya menjadi menteri untuk lubuk wang


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Kalau si Syed Saddiq yang kena tahan, maka tajuk berita adalah tidak betul. Dia bukan ahli PPBM lagi. Apatah lagi sebagai pemimpin Pemuda PPBM. Fitnah kepada PPBM tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awak ni kefahaman baca kurang.

      Padam
  2. Inikah pemuda-pemuda yang dia ingin goncangkan sehingga dunia mereka melimpah dgn gegaran cecair yang melekit tu?

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.