Header Ads

ads header

Flash News

Terowong sanitasi tidak bunuh Covid-19, KKM tak galak guna


Kementerian Kesihatan tidak menggalakkan penggunaan "terowong pembasmian kuman" kerana tidak terbukti berkesan terhadap Covid-19.

Juga dikenali sebagai ruang, kotak atau bilik sanitasi; alat sedemikian menyemburkan bahan kimia pembasmi kuman pada pengguna sebagai pencegahan virus.

Pada taklimat medianya petang ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memberi amaran supaya tidak menggunakan alat itu dan menyatakan beberapa kemungkinan kesan berbahaya.

"Tidak ada bukti klinikal yang menunjukkan bahawa ia sebenarnya bermanfaat atau (dapat) bahkan untuk melindungi orang tersebut. Kami bimbang bahawa menggunakan terowong ini tidak akan membasmi kuman seseorang kerana virus itu ada di dalam badan, bukan pada permukaan [...]

"Kami khawatir tentang bahan kimia yang digunakan untuk disemburkan kepada individu [...] ia boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit dan mata (dan) ia juga boleh mencetuskan serangan asma," katanya.

"Kami tidak menggalakkan penggunaan terowong itu," tegasnya.

MR :  Banyak habis duit dan tenaga


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan