Header Ads

Header ADS

Timb menteri minta TNB semak kekeliruan pengiraan bil elektrik


Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Ahmad Amzad Hashim berkata, mungkin terdapat kekeliruan di kalangan rakyat dalam memahami teknik pengiraan bil elektrik sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) sebelum ini.

Hal itu, katanya, ekoran rungutan yang diterima daripada rakyat berhubung bil elektrik oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang dikatakan terlalu tinggi dan tidak munasabah sepanjang tempoh berkenaan.

“Bila jumlah bil untuk tiga bulan sepanjang PKP dan dibahagikan kepada tiga bulan untuk mendapatkan purata sebulan, purata sebulan itu sangat ketara luar biasa tingginya berbanding bil bulanan yang biasa sebelum PKP.

“Pada pandangan saya ada kekeliruan dalam memahami teknik pengiraan bil elektrik sepanjang tempoh PKP itu.

“Saya juga mohon jasa baik pihak TNB membuat semakan semula bil yang dibuat aduan bagi meredakan keresahan rakyat,” katanya seperti dipetik Harakahdaily.

Ahli parlimen Kuala Terengganu itu turut menyarankan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan kadar bil diterima untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak TNB, dan penyelesaian terbaik perlu dicari sekiranya terdapat kelemahan dalam kaedah pengiraan tarif sedia ada.

Selain itu, maklumnya, mekanisme pengebilan itu sebenarya telah disemak dan dipersetujui oleh Suruhanjaya Tenaga (Energy Commission of Malaysia), dan kerajaan juga telah mengeluarkan beberapa kaedah bagi meringankan beban rakyat.

“TNB tidak mengenakan caj yang berlebihan kepada para pengguna dan sekiranya terdapat lebihan bayaran, ia akan dikredit atau dipulangkan semula kepada pengguna.

“Tiada sebarang aktiviti pemotongan bekalan elektrik akan dilakukan sehingga 31 Julai 2020, sekiranya pengguna elektrik lewat membayar bil elektrik mereka.

“Pelan Bayaran Mudah, ansuran sehingga 31 Disember 2020 dan Diskaun Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) untuk tempoh penggunaan mulai 1 April hingga 30 September 2020 ini,” jelasnya.

Baru-baru ini, banyak pihak berkongsi di media sosial berkenaan kadar elektrik yang pada mereka terlalu tinggi dan tidak munasabah sepanjang PKP.

Bil TNB dikira menerusi anggara secara purata bagi bulan Mac, April dan Mei, yang dibuat berpandukan penggunaan elektrik pada bulan sebelumnya, memandangkan opreasi membaca meter tidak dapat dilakukan dalam tempoh PKP.

Namun, pada Mei, operasi membaca meter disambung semula dan bil dikeluarkan berdasarkan penggunaan sebenar elektrik bagi bulan-bulan yang dibuat anggaran tersebut.

Jumlah bil sebenar mungkin lebih tinggi, atau lebih rendah berbanding bil anggaran, dan akan diselaraskan semula mengikut bil sebenar pada bulan berikutnya.

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.