Header Ads

ads header

Flash News

Tingkatan 5 dan 6 mula bersekolah 24 Jun ini


Sesi persekolahan bakal bermula pada 24 Jun bagi pelajar kelas peperiksaan awam – tingkatan lima dan tingkatan enam.

Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin menjelaskan bahawa keputusan itu dibuat setelah mengambil kira nasihat Kementerian Kesihatan (KKM)dan Majlis Keselamatan Negara (MKN)

"KPM tetapkan bahawa tarikh buka sekolah untuk murid kelas peperiksaan awam iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) , Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) serta Peperiksaan Antarabangsa adalah pada hari Rabu 24 Jun 2020,” katanya dalam satu sidang media khas secara langsung hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa sekolah akan dibuka semula secara berperingkat pada tempoh perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) yang bermula hari ini.


MR :  Sekolah Rendah tahun depan lah


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan