Header Ads

ads header

Flash News

Tun Mahathir Gelar Melayu "Uneducated" Tetapi Cucu Sendiri Tipu Sijil


Saya percaya anda masih ingat Tun Mahathir menggelar Melayu sebagai "uneducated Malays" selepas PRU14.

Kenyataan Tun Mahathir itu dibuat selepas beliau marah dengan kekalahan 39 dari 52 kerusi yang ditandingi BERSATU di PRU14 (hanya menang 13 kerusi).

Baiklah itu hanya mukadimah tulisan saya.

Sejurus selepas mengangkat sumpah sebagai PM7, Tun Mahathir telah melantik dirinya sebagai Pengerusi Yayasan Pelaburan Bumiputera (YPB) pada 28 Jun 2018.

YBP adalah pemilik kepada Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Dengan kuasanya Tun Mahathir kemudiannya melantik Tan Sri Dr. Zeti sebagai Pengerusi Kumpulan PNB yang baru berkuat kuasa 1 Julai 2018 selepas Tan Sri Abdul Wahid Omar bersara pada 30 Jun 2018.

Tan Sri Zeti kemudiannya melantik cucu saudara Tun Mahathir, Abdul Jalil Rasheed sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PNB.

Dengan kata lain, "pi mai pi mai DAPAT kat depa semua!"

Apabila Tun Mahathir ditanya tentang perlantikan cucu saudaranya, jawapan Tun Mahathir adalah "saya tak tahu".

Apabila ditanya bagaimana Pengerusi YPB tidak tahu tentang perlantikan CEO PNB, Tun Mahathir jawab Tan Sri Zeti tidak maklumkan kepadanya.

Apabila ditanya kepada Tan Sri Zeti kenapa tidak memaklumkan kepada Tun Mahathir, beliau mengesahkan Tun Mahathir tahu mengenai pelantikan Jalil.

Menurut Tan Sri Zeti, keputusan untuk melantik Jalil dibuat secara muafakat dan melalui proses yang sangat ketat dan telus malah turut dibentangkan (nama calon) kepada ahli lembaga pengarah.

Ianya dilakukan sebelum dibentangkan kepada Yayasan Pelaburan Bumiputera yang dipengerusikan oleh Tun Mahathir sendiri.

Dah jadi cerita Bangau oh Bangau!

Baiklah, itu hanya bab 1.

Kini Abdul Jalil Rasheed berhadapan kemungkinan disingkirkan sebagai CEO PNB berhubung isu kelayakan akademiknya.

Mengikut rekod di dalam profailnya di PNB, Abdul Jalil Rasheed memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains (kepujian) dalam perakaunan dan kewangan dari London School of Economics and Political Science (LSE), United Kingdom.

Bagaimanapun, Jalil disahkan cuma mengikuti pengajian sebagai penuntut luar dan lulus pengajian di University of London (UoL) dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains dengan kelas ketiga kepujian dalam Perakaunan dan Kewangan pada 1 Ogos 2003.

Buat sementara waktu, Abdul Rasheed dibekukan dari jawatannya di PNB.

Bagaimana Tun Mahathir gelar Melayu sebagai "uneducated" sedangkan cucu saudaranya sendiri tipu sijil?

Bab ke 2.

Hari ini Jalil telah disahkan letak jawatan.

ANINA SAADUDIN


MR :  Lebih baik keluar sebelum kena tendang


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


14 ulasan:

  1. Ayoyoo..apa ni madey

    BalasPadam
  2. Memang betol la.. Atuk bg kaya anak cucu... Yg lain semua salah...

    BalasPadam
  3. Lepas tu ada pulak parti politik mana entah sokong dia jadi PM lagi, dah hilang akal ke apa, melainkan mereka tahu hanya itu saja caranya untuk survival mereka (PAN dan WARISAN) atau agenda mereka (DAP). Berapa kali nak kena tipu da (Melayu/Islam)

    BalasPadam
  4. Aku cadangkn tarik balik pangkat TUN dr mahathir mamak paria pundek ni dan bagi darjah kebesaran TUN itu kpd ds najib tun razak..

    BalasPadam
  5. Bersepah macam babi lah keturunan kitol ni.

    BalasPadam
  6. Tarik darjjah kebesaran tak cukup. Heret masuk sg buluh. Buaq dia tau tun tak kebai

    BalasPadam
  7. seluruh keluarga dan keturunan mamak kutty ni harus disiasat (RCI) dan jika ada bukti beliaulah puncanya kepada kekayaan luar biasa anak cucu dia.

    senang ja mentekedarah duit rakyat berzaman... sampai cucu yg bodoh boleh belajar diluar Negara... dapat sijil minima pun tak aih... janji dari school of economics bagai..

    LEVEL SAMA JA DGN BUDAK DEGREE swasta..

    itu pun ada hati nak jadi CEO bagai.... pokeymark la keturunan kutty ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau nak cakap pasai keturunan saya pun keturunan mamak, so maknanya saya ada kaitan dgn tun ka?

      Padam
  8. Anak Beranak ... Sepupu Sepapat .. Kroni2nya Dah Kaya Raya Nak Apa Lagi Yeaaaaaaaaaa

    BalasPadam
  9. hangpa ni percaya ka dia tu cucu sedara tun? rupa takdak nak serupa pun. ish kalau ada orang muda elok sikit dapat jawatan tinggi macam macam hangpa dok cakap. sama macam kes syed saddiq.

    BalasPadam
  10. kan dlm artikel tu cucu TM disahkan ikut pengajian di UOL secara PJJ dan dapat ijazah kepujian perakaunan kelas ke3...so dia ada ijazahlah...bkn palsu...kalau iku artikel tu la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Universiti berlainan, kelulusan kelas ketiga, aku pun luluk kelas second class, kawan2 aku ramai first class, lulus dgn kepujian daripada LSE tu lain, KALAU BETUL menipu la tu

      Padam