Header Ads

Header ADS

Tun mungkin lupa


SIKAP


1. Tun bercakap mengenai sikap orang Malaysia. Sekarang ramai dah tak menyokong Tun. Sebab itu Tun menulis lagi memperlekehkan pemikiran orang Malaysia.

2. Tun fikir kami rakyat Malaysia ni memang tak ada akal langsung kah? Sekejap Tun cakap kami sokong kleptokrasi, sekejap Tun cakap kami ni malas.

3. Tun, semua ini terjadi disebabkan Tun. Tun yang rancang, dan Tun juga yang gagal. Tak perlulah Tun menyalahkan orang lain. Tun hanya boleh menyalahkan Tun sendiri dan orang-orang sekeliling Tun. Tun lupa?

4. Tun salahkan Tan Sri Muhyiddin. Apa yang Tan Sri Muhyiddin buat yang salah? Semua orang dah tahu ini semua perancangan Tun. Perancangan Tun untuk keluar PH, perancangan Tun untuk tubuhkan PN. Tun lupa?

5. Semua ini berlaku bukan baru sahaja. Dah lama. Banyak kali telah diadakan mesyuarat mengenai perkara ini. Di rumah Tun, di pejabat Tun di YKP, di pejabat Tun di Yayasan Al Bukhary dan di Pejabat Perdana Menteri. Menafikan perkara ini tidak lain dan tidak bukan adalah satu penipuan. Tun lupa?

6. Tun juga telah beberapa kali diberi taklimat mengenai masa depan Bersatu jika Bersatu masih dibawah PH dan bersekongkol dengan DAP. Telah diperincikan kepada Tun, jika bersama PH, Bersatu bukan setakat kalah teruk, malah Langkawi, Pagoh dan Muar juga akan kalah. Tun lupa?

7. Tun juga cakap mengenai memberi jawatan kepada ahli parlimen PN. Apa Tun lupakah? Banyak lantikan GLC dibuat dibawah PH walaupun dalam manifesto jelas menyebut tidak akan berlaku lantikan politik di dalam mana-mana GLC di bawah kerajaan PH. Dibawah PN tiada perjanjian seperti itu. Tun lupa?

8. Tun bercakap mengenai PN ingin selamatkan pemimpin kleptokrat. Tun bercakap ini berdasarkan apa? Adakah Najib bebas pertuduhan? Adakah Zahid bebas pertuduhan? Yang bebas adalah Riza, itu pun keputusan dibuat oleh AG zaman Tun. Tun lupa?

9. Tun juga cakap Melayu hancur. Melayu hancur ni banyak sebabnya Tun. Bergaduh sesama Melayu juga penyebab hancurnya bangsa kita. Sapa yang suka gaduh Tun? Bergaduh dengan PM1, bergaduh dengan PM2, bergaduh dengan PM3, Bergaduh dengan PM5, bergaduh dengan PM6 dan sekarang bergaduh dengan PM8. Tun lupa?

10. Elok Tun baca sendiri komen-komen di media sosial. Ramai orang tak suka apa yang Tun buat. Tun bergaduh perkara yang disebabkan oleh Tun sendiri. Kalau kita tolak semua sebab ke tepi sekalipun, puncanya masih Tun yang letak jawatan. Tun lupa?

11. Tun letak jawatan, lepas tu Tun nak jadi PM balik. sebelum Tun letak jawatan, Tun fikir tak pasal mandat rakyat? Tun tak rasa bersalah ke letak jawatan lepas rakyat bagi mandat? Tun lupa?

12. Kemudian Tun dipujuk oleh Agong untuk tidak letak jawatan. Tun masih juga ingin letak jawatan. Tun kata Tun letak jawatan sebab Tun dah hilang sokongan dalam parti Tun sendiri. Tun mengaku sekarang orang tak sokong Tun dah? Tun lupa ke?

13. Bila Tun diberi peluang oleh Agong untuk mengemukakan cadangan, kenapa Tun tidak mengemukakan yang Tun mahu kembali menjadi PM kepada kerajaan PH? Kenapa pada masa itu Tun mencadangkan kerajaan uniti? Tun mengatakan Tun mahukan kerajaan yang tidak berpaksikan kepada parti, tetapi kepada Tun. Ini jelas menunjukkan semasa menjadi PM kepada kerajaan PH, Tun diasak oleh komponen parti sehinggakan Tun sendiri tidak mahu mereka. Bukankah ini betul Tun? Ke Tun lupa?

14. Semasa proses mengundi dihadapan Agong, kenapa Tun tidak mengajak Anwar, Guan Eng dan Mat Sabu untuk menyokong Tun? Kenapa pada masa tersebut Tun hanya mendapat 60 undi, kenapa Anwar mendapat 90 undi? Tidak kah cukup 150 undi jika bergabung? Benar kan Tun memang tidak mahu PH. Tun lupa?

15. Kenapa Tun mengumumkan jika Tan Sri Muhyiddin mendapat sokongan untuk tubuhkan kerajaan, Tun akan sokong? Kenapa Tun tarik balik sokongan bila Tan Sri Muhyiddin mendapat sokongan? Tun lupa?

16. Banyak perkara ini menunjukkan yang SIKAP Tun sebenarnya penyebab semua ini. Tidak lain dan tidak bukan, adalah disebabkan oleh Tun.

17. Tun boleh menulis lebih panjang menceritakan sikap rakyat Malaysia, tetapi yang semua orang nampak, semua ini disebabkan oleh seorang individu sahaja. Tun lah orang itu. Penyebab berlaku semua ini adalah kerana SIKAP Tun sendiri.

18. Tun risau parti akan berpecah? Tun lah penyebabnya.

19. Tun lupa?


MR :  Lupa siapa yang hantar emel ini


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


17 ulasan:

  1. Tun mudah lupa...

    Tun mudah lupa..semalam.
    Tun mudah lupa..tadi lagi.
    Tun mudah lupa..atas pentas lepas.
    Tun mudah lupa..darah mengalir memali.

    Tun mudah lupa..cek disain atas menara.
    Tun mudah lupa.sangtekak jerit merata.
    Tun mudah lupa..anak tun seluk poket.
    Tun mudah lupa..melayu mengangkat paksa

    Tun mudah lupa..menyembur airliur.
    Tun mudah lupa..si mata sepet memijak bangsa.
    Tun mudah lupa..pena pemangkah.
    Tun mudah lupa..si gelap pekat mengikat

    Tun..tun tun...jangan lupa lagi..
    ....jangan lupa...kain 3 lapis.
    ...jangan lupa lagi.
    Tun...JANGAN MUDAH LUPA LAGI.

    BalasPadam
  2. KAKI MUNAFIK...lupa ke peristiwa MEMALI...tun ABDULLAH bADWI tersingkir...UMNO diharamkan wujud Team A/B...KRISIS perlembagaan...tolak HUDUD/hiNA NABI...ALQURAN perlu disemak semula kerana banyak menyusahkan...tuduhan liwat...kroni2 maharajelela dan penuh kemewahan...kebal dengan Undang2...boleh disingkir/pecat jika MELAWAN..tUN salleh ABBAS dsbgainya

    BalasPadam
  3. MELAYU MUDAH LUPA....atau TUN DAN SEKUTUNYA BUAT-BUAT LUPA

    BalasPadam
  4. Nanyuk orang2 tua rakyat biasa paling kuat pon menyusakan keluarga je..
    Nanyuk orang tua bernama Tun M ne menyusahkan negara..Taubat la orang tua..

    BalasPadam
  5. what you give
    you get back

    #TUNMUDAHLUPA

    BalasPadam
  6. SUSAH NAK DIUCAPKAN KPD INSAN YG SEORANG INI. SAMPAI SAAT NI DIA MASIH BELUM TERIMA HIDAYAT DARI ALLAH. SEMUA ORANG SALAH DIA SAJE YG BETUL. MUNGKIN INIKAH HUKUMAN ALLAH KEATASNYA YG TAK PERNAH BERSYUKUR. ALLAH SAJE YG TAHU.

    BalasPadam
  7. kita mesti ingat umur Tun sudah hampir penghujung nya.Tanda nya lupa lupa ingat(nyanyuk).Dimana peranan ulamak,nasihat Tun supaya berundur.Tumpukan sisa sisa hidup yang tinggal beberapa hari lagi.Bertaubat lah sebelum terlambat.Mereka yg menyokong Tun semua nya membawa rebah.Termasuk lah keluarga Tun sendiri. Tun pernah hina nabi serta hukum didlm ugama Islam. Renungkan lah baik baik kata ku ini.

    BalasPadam
  8. Cukup la sementara hayat masih ada simpan la hikayat sebelum padam cukup la semasa nama masih ada simpan la ia agar tidak tenggelam cukup la kuasa dunia menghampiri penhujung persiapkan diri menunggu di alam nyata biar diri tetap disanjung cuma kalimah ini kekal selama nya

    BalasPadam
  9. Melayu mudah lupa..mamak Kutty pun lagi pelupa dan nyanyuk

    BalasPadam
  10. Berehatlah Tun.....tinggal berapa hari lagi masa Tun utk hirup udara dunia ni...kerajaan TSYM sdg melakukan kearah yg terbaik...berilah sokongan..anak murid Tun jugak tu...

    BalasPadam
  11. Jangan marah tun kesian Tun dia dah nyanyok.dah tua katakan lupa diri.

    BalasPadam
  12. Sepatutnye Tun dh bersara .. Zamanye dh berlalu ....

    BalasPadam
    Balasan
    1. mana boleh bersara,perjuangannya belum selesai, selagi ada hayatnya dia akan berpolitik,kepala boboi yang bersinar terang, menunjukkan harapannya untuk menjadi PM pada suatu hari.

      Padam
  13. Tun sudahlah tu asyik nak rasa diri bijak pandai Tun tak sedar ke sekrg Tun Umur berapa nak jadi Pm lagi klau kembali nanti dah huruhara pulak cari pemimpin baru .....kalau org nak melabur pun takut umur tun tu di ujung tanduk bolehkah mereka confident umur tun 100 th lagi tunggu pru 16 pulak .
    Tun sedarlah takut jasa tun selama ini org tak akan ingat sebgai sejarah namun sejarah akan di tinggalkan tun sebgai org yg kucar kacirkan ng rakyat dari pm 123567.....
    Hai tun jgn permergian mu bukan di ingati tapi ditunggu tunggu supaya ng beroleh keamanan kembali
    Insyaallah Allah masih bg peluang tun istiqamah fikir fikirkan lah seblm malaikat israel memanggil kita tun
    Bertaubatlah .....

    BalasPadam
  14. Apa khabar Bossku? Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Selamat berpuasa 6. Tolong kirim salam kpd Datin Seri.

    BalasPadam
  15. Opss lupa... TUN YG PELUPA aka NYANYUK TUA.... Semua orang salah.. TUN nyanyuk ja yg betol...

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.