Header Ads

ads header

Flash News

15 kes baru, satu kematian di Johor


Kementerian Kesihatan (KMM) memaklumkan terdapat 15 kes baru Covid-19 yang dilaporkan hari ini, dengan satu kematian di Johor.

"Sehingga 19 Julai 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 15 kes baru yang telah dilaporkan.

"Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,779 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 103 kes. 

"Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan," kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah pada suatu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, korban terbaru Covid-19 itu melibatkan seorang penghuni di pusat jagaan warga emas dan pesakit mula mengalami gejala demam dan batuk pada 10 Julai 2020 serta disahkan meninggal dunia pada 17 Julai jam 12.51 malam.

"Kes kematian ke-123 (kes ke-8770) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 72 tahun yang mempunyai penyakit darah tinggi kronik dan penyakit strok.

"Beliau telah dirujuk ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor pada 17 Julai 2020 dan meninggal dunia setibanya di wad kecemasan. Beliau disahkan positif Covid-19.

"KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau," kata Noor Hisham.


MR :  Gelombang kedua?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan