Ahmad Samsuri Wakili Pas Pertemuan PN di KL, Malam Esok
BESUT, 20 Julai - Gabungan Perikatan Nasional (PN) akan mengadakan pertemuan secara formal di ibu negara pada malam esok bagi tujuan perundingan antara PAS, UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Naib Presiden Pas, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar turut mengesahkan pertemuan itu antara lain akan membincangkan soal pembahagian kerusi di samping gerak kerja dan persiapan kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk menghadapi pilihan raya.
"Malam ini tiada mesyuarat… malam esok baru ada mesyuarat di Kuala Lumpur… Ya, pertemuan tiga parti.
"Pas diketuai saya selaku Naib Presiden dan pemimpin parti lain," katanya ketika diminta mengulas isu berkenaan.
Terdahulu beliau hadir di Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Perumahan Mampu Milik & Bercampur dan melancarkan rumah patuh syariah atau Rumah Darul Iman (Rahman) di Dendong, Tembila, Besut di sini hari ini.
Menurut Ahmad Samsuri, kerajaan PN akan memaklumkan kepada pihak media butiran mengenai pertemuan itu selepas perbincangan di antara mereka selesai.
"Bagi suasana tenang dan aman dulu sebelum kami bermesyuarat," katanya.
MR : Baru nak ada pengangihan kerusi, tapi Mkini UMNO tulis tak setuju.. Loyar buruk Mkini
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan