Header Ads

Header ADS

DAP Sabah, Sarawak berkeras Pilih 'Shafie sebagai PM'


DAP Sabah meminta Pakatan Harapan (PH) tidak menolak kemungkinan Presiden Warisan Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri setelah gabungan itu hari ini mengulangi pendirian agar Presiden PKR, Anwar Ibrahim menyandang jawatan itu sekiranya PH menguasai kerajaan persekutuan.

"Kami menghormati keputusan majlis presiden PH untuk menegaskan kembali komitmen gabungan itu agar Anwar menjadi perdana menteri Malaysia.

"Namun, kami juga ingin memperingatkan para pemimpin gabungan kami untuk tidak sepenuhnya menolak individu dari Malaysia Timur daripada tampil untuk memimpin negara ini," kata mereka dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh wakil rakyat DAP Sabah, iaitu Frankie Poon Ming Fung (Tanjong Papat), Chan Foong Hin (Kota Kinabalu), Noorita Sual (Tenom), Jimmy Wong Sze Phin (Sri Tanjong), Phoong Jin Zhe (Luyang), Jannie Lasimbang (Kapayan), Vivian Wong Shir Yee (Sandakan), Tan Lee Fatt (Likas) dan Calvin Chong Ket Kiun  (Elopura).

Turut serta dalam kenyataan tersebut adalah calon dewan undangan negeri Ronnie Loh Ee Eng dan senator, Adrian Banie Lasimbang.

"Penting bagi pemimpin PH untuk sedar dan peka tentang siapa kawan dan siapa musuh.

"Sejak awal, Shafie dan partinya Warisan telah bersama PH dalam susah dan senang.

"Tidak ada gabungan politik tanpa sokongan rakyat Malaysia Timur yang dapat memerintah negara ini.

"Oleh itu, kami percaya bahawa pilihan untuk Shafie sebagai calon perdana menteri harus tetap terbuka selagi Sabah kekal sebagai sebahagian daripada Malaysia," kata mereka.

Menurut mereka, Shafie sebagai ketua menteri Sabah, telah berjaya menyatukan rakyat daripada pelbagai latar belakang kaum dan agama.

Terdahulu Majlis Presiden PH hari ini memutuskan untuk komited dengan pendirian asal iaitu Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri gabungan itu.

Majlis Presiden juga berkata Anwar mempunyai mandat penuh untuk meneruskan perbincangan dengan semua pihak, termasuk Shafie bagi meneruskan usaha mengambil semula kerajaan persekutuan.

"Majlis Presiden berpendirian semua usaha ke arah pengembalian mandat rakyat perlu dijalankan dan memerlukan sokongan semua pihak.

"Oleh yang demikian, Majlis Presiden memberikan mandat penuh kepada Anwar untuk meneruskan perbincangan dengan semua pihak termasuk Shafie Apdal menyempurnakan pengembalian mandat tersebut," katanya.

Shafie sebelum ini dicadangkan sebagai calon alternatif berikutan kebuntuan untuk memilih calon perdana menteri antara Anwar dan pengerusi Bersatu yang dipertikaikan, Dr Mahathir Mohamad.

PKR sebelum ini secara rasmi menolak Mahathir sebagai calon perdana menteri.

Sebelum ini DAP Sarawak menyatakan perkara yang sama.


MR :  PH dah tak releven untuk rakyat


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Usaha dapig laknat untuk memecah belahkan bumiputra terutama melayu sekali lagi.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.