Header Ads

Header ADS

Dapat upah fitnah Mokhtar Senik, kini dalam siasatan polis


Polis menyiasat dakwaan fitnah terhadap seorang pemimpin pusat PAS yang didakwa terlibat dalam perbualan lucah dalam perkhidmatan perbualan di media sosial dengan seorang perempuan bernama Leena

Alex yang dikatakan mendapat upah menyamar sebagai Leena untuk membuat fitnah kepada PAS.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Ridzuan Khalid berkata kes disiasat bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan (gangguan terhadap ketenteraman) dan Seksyen 233 Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar rangkaian perkhidmatan).

“Setakat ini keterangan pengadu telah diambil.

“Permohonan ke SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) dibuat untuk mendapatkan butir-butir pemilik akaun FB (suspek),” kata Ridzuan.

Katanya, aduan tersebut dibuat di balai polis Serendah pada pagi semalam.

Ridzuan berkata laporan polis dibuat oleh pemimpin kanan NGO dikenali sebagai Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulamak (Geng Ustaz) terhadap Facebook Alexander Pittsuwan Thomprason.

Alexander Pittsuwan Thomprason

Ridzuan berkata, Facebook itu mendakwa pemimpin itu terlibat dalam perbualan lucah dengan seorang yang dikenali sebagai “Leena”.

“Pengadu berusia 57 tahun itu bagaimanapun tidak membaca secara terperinci berhubung butir perbualan tersebut kerana dikatakan berasa jijik dan menyifatkan ia hanyalah rekaan oleh pemilik akaun itu,” katanya.

Bagi Seksyen 505(b), jika sabit kesalahan tertuduh boleh dipenjarakan sehingga dua tahun atau didenda atau kedua-duanya.

Bagi Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia pula, jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi setahun atau kedua-duanya.

Pentadbir Facebook pemimpin itu semalam berkata terdapat laporan polis dibuat, tetapi tidak mendedahkan kandungannya.

Beliau pada 24 Jun lalu berkata beliau terpaksa menyekat dan beralih ke nombor baru setelah nombor telefon lama didakwa disalah guna.

Alexander semalam menulis di Facebook bahawa dia sedia ke mahkamah.

MR :  Mampukah duit upah tanggung kesalahan nanti?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Dalam Video tu ada terpapar road tax kereta yang dikatakan milik UMS. Kalau dienlarge dah tau dah boleh dijadikan bukti siapa yang cakap benar. Lepas tu ambil tindakan selanjutnya

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.