Header Ads

Header ADS

Dr Kamarul saman wartawan Malaysia Dateline (Akhbar tak rasmi Amanah)


KUALA LUMPUR
: Seorang wartawan dari portal Malaysia Dateline milik Parti Amanah Negara (PAN) antara tersenarai bersama 21 individu berdepan tindakan undang-undang yang dikemukakan oleh penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff.

Dalam satu hantaran di akaun Facebook Kamarul Yusoff hari ini mengesahkan beliau memulakan prosiding fitnah terhadap sepuluh nama-nama besar pemimpin DAP.

Mereka adalah ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang, ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng, ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen, Senator DAP Pulau Pinang, Ariffin Omar.

Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh, Adun Perai, Dr P Ramasamy a/l Palanisamy, Adun Seri Delima, Syerleena Abdul Rashid, Pengerusi DAP Kitang Abdul Aziz Isa, dan penggerak mahasiswa DAP UUM, Mohd Farid Mohd Azmi.

Sepuluh lagi adalah pemimpin PAN, ahli Parlimen Parit Buntar, Dato’ Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin, Zolkarnain Abidin dan Jamzuri Ardani.

Turut tersenarai lima lagi dari PAN, Mohd Fitri Asmuni, Wan Anwar Wan Ibrahim, Fatihah Salahuddin, Abdul Rahman Abdul Talib, Husin Jan dan portal Malaysia Dateline.

Pada ruangan komen status Facebook Kamarul Yusoff yang dimuatnaik bersama status screenshoot salah seorang individu yang tersenarai, Kamarul Yusoff seperti dipetik pada komennya berkata, ‘tak adanya sampai ‘jadi gila’ pun’.

“Dengar cerita KAYU hantar notis tuntutan kepada 30 orang. Aku nak bagi tau kat yang dapat surat cinta dari KAYU hang pa semua jangan takut. Jumpa di mahkamah.

“Silap-silap KAYU pening jenuh tanda kat kalender kuda takut tersilap hari dengan mana satu dia nak kena hadap dengan orang yang dia nak saman. Jangan jadi gila sudahlah ya.

“Telan banyak-banyak ya ubat penenang,” kata pemilik status berkenaan yang dikongsi Kamarul pada statusnya hari ini.

Kamarul memuat naik statusnya pada pagi ini bagi menjelaskan pihaknya hanya memulakan prosiding itu kepada 21 individu berkenaan bukan 30 orang seperti pada hantaran status screenshoot. – HARAKAHDAILY 8/7/2020

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.