Header Ads

ads header

Flash News

Giliran Jamsari 'lelong' pingat


KUALA LUMPUR:
Bukan isu kewangan, sebaliknya bekas penjaga gol Selangor, Jamsari Sabian 'mengorbankan' tiga koleksi pingat yang dimenanginya bersama Selangor pada 2005 atas dasar kekecewaan.

Jamsari menjelaskan, dia membuat keputusan melepaskan koleksi berharganya itu selepas tawar hati apabila menunggu janji yang tidak kunjung tiba daripada pihak yang sebelum ini pernah menawarkan 'sesuatu', 12 tahun lalu.

Peristiwa terbabit jelas menjadi pengajaran buat dirinya supaya tidak mudah percaya dengan janji mulut apabila sehingga kini, tiada sebarang perkembangan mengenai janji itu kepada dia dan beberapa bekas rakan sepasukannya.

"Jangan salah faham, ini tidak sama dengan itu (kes Khalid Jamlus). Masalah kewangan itu memanglah ada tapi untuk jual pingat ini, ia lebih kepada menyuarakan kekecewaan saya kepada pihak tertentu yang saya tidak mahu sebutkan siapa.

Pingat yang dilelong Jamsari selepas kecewa menunggu janji. - Foto Jamsari Sabian
Pingat yang dilelong Jamsari selepas kecewa menunggu janji. - Foto Jamsari Sabian

"Lama-lama simpan pun, tidak dapat apa. Tinggal ini sahaja koleksi yang saya yang ada daripada simpan, lebih baik saya jualkan sahaja kepada mana-mana pihak yang berminat.

"Cuma, saya mahu ingatkan pemain muda kita, kalau mahu buat buat apa-apa, tolonglah buat secara hitam putih dan tidak sekadar berjanji mulut semata-mata. Itulah yang terjadi pada saya dan beberapa rakan sepasukan yang lain.

"Kalaulah dapat janji itu, saya kira boleh melegakan sikit keluarga saya dan kita pun tidak tahu apa akan jadi pada masa akan datang, sekurang-kurangnya dapatlah beri peluang mencari rezeki dalam bidang lain selepas ini," katanya.

Sebelum ini, Jamsari menerusi akaun Facebooknya mengumumkan mahu melelong koleksi tiga pingat iaitu pingat juara Liga Perdana 2005, Piala FA 2005 dan Piala Malaysia 2005 selepas jualan pingat sebelum ini didermakan untuk Palestin dan Syria.

Dia menyatakan jualan pingat itu untuk 'menderma' kepada diri sendiri sekali gus menimbulkan persoalan memandangkan ia dibuat hanya beberapa hari selepas Khalid Jamlus melelong koleksi peribadinya termasuk Anugerah Kasut Emas.

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan