Header Ads

ads header

Flash News

Kem Mahathir umum blok bebas bersama Warisan


Enam anggota parlimen Bersatu yang setia kepada Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan bahawa mereka akan kekal bersama Warisan sebagai blok bebas.

Mereka juga memaklumkan bahawa tidak akan bergabung dengan Pakatan Harapan yang diketuai oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mahupun bersama Perikatan Nasional yang diterajui oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

“Kami membuat keputusan untuk kekal bersama Warisan sebagai blok bebas di dalam dan di luar Parlimen. Kamitidak bergabung dengan mana-mana gabungan.

“Kami juga menentangsebarangusaha untuk menggantikan Speaker dan akanmeneruskan usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin Yassin yang menubuh Kerajaan yang tidak dipilih rakyat.

“Kami masih utama perjuangan asal kami iaitu menolak kembalinya kerajaan kleptokrasi,” katan mereka dalam satu kenyataan bersama, hari ini.

‘Langkah Sheraton’ pada Februari lalu menyaksikan kerajaan PH tumbang dan susulan itu parti komponen utamanya - PKR, DAP dan Amanah - cuba menghidupkan PH Plus bersama wakil rakyat yang setia kepada Dr Mahathir dan Warisan.

Walau bagaimanapun sehingga hari ini, gabungan itu gagal menamakan calon perdana menteri mereka.

Sebelum ini, Dr Mahathir mengumumkan bahawa PH Plus bersetuju supaya Ketua Menteri Sabah, Shafie Afdal dilantik sebagai calon perdana menteri.

Namun, mesyuarat Majlis Presiden PH pada 6 Julai lalu memutuskan untuk tidak menamakan Shafie sebagai calon perdana menteri PH Plus. Mereka sebaliknya menamakan Anwar sebagai calon perdana menteri kelapan.

“Bagi pihak kami, mencalonkan Shafie sebagai perdana menteri adalah satu langkah positif yang perlu diambil.

“Ia bukan sahaja kerana kita percaya dia akan berkeupayaan untuk mendapatkan sokongan majoriti tetapi juga satu langkah ke hadapan demi mempertingkat hubungan Semenanjung dan Sabah dan Sarawak,” kata mereka.

Kenyataan itu ditandatangani oleh Dr Mahathir selaku ahli parlimen Langkawi; Mukhriz mahatir (Jerlun), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar), Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam), Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu) dan Dr Shahruddin Salleh (Sri Gading).

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Kalau buat juga usul tak yakin pm tmsy, letak jawatan kalau ada harga diri.

    BalasPadam
  2. Serabut betul..bila nak selesai

    BalasPadam
  3. selesai dunia bila masuk lubang kubur
    tunggu cerita baru dalam kubur pulokkk

    BalasPadam